awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai IKBN Kuala Langat didakwa bersubahat buat tuntutan palsu RM76,980
KDN gesa elak perhimpunan sempena lawatan PM Modi
KPDN Pulau Pinang tumpaskan kegiatan seleweng minyak masak bersubsidi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video lagu 'Hello' nyanyian Adele pecah rekod Vevo

Reuters
Reuters
27/10/2015
02:30 MYT
Video lagu 'Hello' nyanyian Adele pecah rekod Vevo
Sehingga kini, Hello telah mencatat tontonan melebihi 71 juta.
Penyanyi antarabangsa , Adele bikin panas lagi!
Kali ini, penyanyi berusia memecah rekod tontonan di Vevo menerusi lagu terbaharunya, Hello.
Hello mencatat jumlah tontonan 27.7 juta dalam masa 24 jam, mengatasi rekod 20.1 juta tontonan yang dicatatkan oleh muzik video Bad Blood oleh Taylor Swift.
Video muzik lagu berkenaan mula boleh ditonton pada Jumaat minggu lalu, dan sejak itu ia telah mencatat tontonan melebihi 71 juta.
Video berdurasi enam minit itu turut menampilkan pelakon, Tristan Wilds.
Hello merupakan single pertama dari album ketiga Adele bertajuk 25 yang akan berada di pasaran 20 November ini.
Lagu berkenaan ditulis sendiri oleh Adele bersama Greg Kurstin empat tahun selepas penyanyi berusia 27 tahun tersebut menyepikan diri.
Sinonim dengan lagu-lagu balada yang bermain dengan emosi, Adele meraih populariti di persada seni antarabangsa selepas album pertama 19 dan album kedua, 21.
Video muzik Hello dirakamkan di sebuah kampung dekat Montreal, Kanada. Ia diarahkan Xavier Dolan. Menurut analisis di Billboard.com, album 25 dilihat memuatkan lagu penuh melankolik yang pastinya akan mengajak pendengar dan peminat Adele melayan perasaan yang bergejolak.
Topic Berkaitan
#Adele
#Hello
#VEVO
#YouTube
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan