[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
ENTERTAINMENT

Video lucah: Rakan artis beri kata semangat untuk Syafiq Kyle

Gempak 30/05/2018 | 08:07 MYT
Zahirah Macwilson, Hael Husaini dan Sherry Alhadad antara barisan selebriti yang berkongsi kata-kata semangat untuk pelakon yang terbalit dengan skandal video lucah, Syafik Kyle.
ZAHIRAH Macwilson, Hael Husaini dan Sherry Alhadad antara barisan selebriti yang berkongsi kata-kata semangat untuk pelakon yang terbalit dengan skandal video lucah, Syafik Kyle.
Selain bersimpati dengan nasib yang menimpa pelakon lelaki kacak itu, mereka turut mendoakan agar urusan Syafiq dipermudahkan.
Lebih 10,000 komen diterima Syafiq menerusi kemas kini kenyataan pertamanya kelmarin selepas tular video tidak senonoh yang membabitkan namanya.
Selain Zahirah, Hael dan Izreen, antara selebriti lain yang turut bersimpati dengan nasib Syafiq ialah Azira Shafinaz, Aeril Zafrel, Aedy Ashraf, Ikmal Amry, Aidil Aziz, Linda Rafar dan penerbit filem, David Teo.
Syafiq malam tadi tampil membuat sidang media khas menjelaskan situasi sebenar kontroversi video lucah miripnya yang tular sejak minggu lalu.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @syafiqkylez
#Aeril Zafrel #Azira Shafinaz #Hael Husaini #Sherry Alhadad #Syafik Kyle #video tidak senonoh #Zahirah MacWilson