DALAM tempoh empat bulan sahaja, lagu fenomena kumpulan popular dari Korea Selatan, BTS ‘Boy With Luv’ bersama penyanyi antarabangsa, Halsey kini sudah meraih sebanyak 500 juta tontonan di saluran YouTube.
‘Boy With Luv’ yang menjadi lagu utama bagi album ‘Map of The Soul: Persona’ itu dilancarkan pada 11 April lalu dan genap pada 11 Ogos, jumlah tontonan bagi muzik video lagu berkenaan mencecah 500 juta tontonan.
Itu sekaligus menjadikan BTS sebagai selebriti Korea Selatan pertama dengan lebih daripada 500 juta tontonan di YouTube untuk setiap tujuh video muziknya, termasuk "DNA," "Fake Love," "MIC Drop Remix" dan "Idol."
Setakat ini, muzik video "DNA" mencatatkan seramai 800 juta penonton, menjadikan ia tontonan yang paling banyak bagi lagu kumpulan septet ini.
Selain itu, lagu 'Boy With Luv' ini juga memecah rekod dengan memenangi tiga Rekod Dunia Guinness berkaitan dengan video YouTube yang paling banyak ditonton dalam masa 24 jam selepas dilancarkan.
Mana tidaknya, dalam masa 24 jam sahaja seramai 78 juta tontonan dicatatkan bagi muzik video lagu 'hit' kumpulan BTS ini.
Hakikatnya, banyak lagi pencapaian yang dibawa oleh BTS, antaranya ialah 'Boy With Luv' mencapai angka 10 juta, 20 juta, 30 juta, 40 juta, 50 juta, 60 juta dan 70 juta yang terpantas dalam sejarah YouTube.
Bukan itu sahaja, 'Boy With Luv' menempa rekod untuk artis K-pop yang paling ramai di aplikasi strim muzik 'Spotify' dengan jumlah 5,941,723 aliran.
Agaknya, selepas ini apakah pencapaian yang akan dicapai oleh kumpulan fenomena ini, kita tunggu dan lihat?
Astro Awani
Sun Aug 11 2019
'Boy With Luv' menetapkan rekod untuk artis K-pop yang paling ramai di aplikasi strim muzik 'Spotify' dengan jumlah 5,941,723 aliran. - Foto fail/Sumber YouTube
[INFOGRAFIK] N.06 Kuala Kubu Baharu, calon PN, Khairul Azhari Saut
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan calon PN, Khairul Azhari Saut. Sila klik video untuk berita selanjutnya.
[INFOGRAFIK] N0.6 Kuala Kubu Baharu, calon Perpaduan, Pan Sock Tao
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan calon Perpaduan, Pan Sock Tao. Sila klik video untuk berita selanjutnya.
Pasangan warga emas redah 200 km demi PRK Kuala Kubu Baharu
Abdul Rahim Bidin dan Noraini Mansor bergerak selepas subuh dan selesai membuang undi di SJKC Khing Ming sekitar jam 8.30 pagi.
Buletin AWANI Khas: Kuala Kubu Baharu memilih
Kylian Mbappe sah tinggalkan PSG
Penyerang berusia 25 tahun itu tidak akan menyambung kontraknya, selepas hampir tujuh musim beraksi bersama kelab terkemuka Perancis itu.
Muhammad Khairi, Normawaty dinobat qari dan qariah Melaka 2024
Normawaty sama sekali tidak menyangka memenangi pertandingan pada tahun ini selepas lima kali menyertai program tilawah itu sejak 2008.
Op Gegar: 39 individu termasuk 29 GRO warga asing ditahan
Penahanan dilakukan selepas pemeriksaan dijalankan terhadap 82 individu dalam Op Gegar bermula 11 malam tadi hingga 2 pagi tadi.
Tangguh ke Thailand jika tiada urusan penting - Polis Kelantan
Beliau berkata, jika tidak mempunyai pilihan mereka yang ingin ke negara berkenaan diingatkan agar sentiasa berhati-hati.
Wanita Malaysia buat hal di Jepun, parkir kereta ikut suka hati
Menerusi perkongsian foto pengguna X, tindakan wanita berkenaan telah menimbulkan kemarahan warga negara matahari terbit itu.
KKB Memilih: Hari penentuan siapa pilihan pengundi (setakat jam 8:40 pagi)
Wartawan Hasimi Muhamad melaporkan perkembangan terkini proses pengundian pilihan raya kecil Kuala Kubu Baharu.
20,000 muat naik video BTS #OnChallenge selepas sejam dilancar
Ini merupakan kolaborasi pertama aplikasi itu bersama selebriti seperti BTS untuk pelancaran lagu.