awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bomba redah tujuh anak sungai, usung wanita cedera di Kapit
Tidak setuju dengan semua dasar Ataturk, tetapi protokol Turkiye harus dihormati - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video muzik 'Rockstar' Lisa Blackpink didakwa ciplak Travis Scott

Gempak
Gempak
07/07/2024
03:20 MYT
Video muzik 'Rockstar' Lisa Blackpink didakwa ciplak Travis Scott
Antara babak dalam video muzik yang didakwa ketara 'diciplak' team Lisa adalah pada bahagian penari latar memakai serba putih. -Gempak
MENCATAT rekod dengan 20 juta tontonan sebaik dilancarkan selama 12 jam, video muzik Lisa Blackpink, "Rockstar" kini berdepan kontroversi apabila didakwa menciplak hasil kreativiti orang lain.
Tiru Video Travis Scott
Pengarah video muzik Gabriel Moses mendakwa Lisa telah menciplak hasil seninya menerusi lagu "FE!N" yang dinyanyikan oleh Travis Scott, lapor Koreaboo.
Antara babak dalam video muzik yang didakwa ketara 'diciplak' team Lisa adalah pada bahagian penari latar memakai serba putih yang mirip dengan aksi dilakukan kanak-kanak yang memakai pakaian sekolah hampir serupa yang ditayangkan dalam Rockstar.
Video muzik FE!N telah dipasarkan hanya tiga bulan sebelum Lisa kembali ke arena dan menggegarkan dunia dengan kemunculan solo.
Moses menerusi perkongsiannya mengatakan telah meminta syarikat Lisa untuk memberi jawapan tentang insiden tersebut dengan memberikan tempoh sebulan untuk mendapatkan penjelasan.
Sementara itu peminat kedua-dua penyanyi tersebut mula berbalah. Peminat Scott mengatakan adalah hal memalukan apabila bintang sebesar Lisa menciplak idea orang lain tanpa memberi kredit kepada mereka.
Bagaimanapun peminat Lisa pula mendakwa Moses yang pernah bekerjasama dengan Pharrell, A$AP Rocky dan Skepta bukan individu pertama melahirkan konsep sedemikian kerana babak yang seakan sama juga terdapat dalam video klip Kendrick Lamar.
Malah ramai yang mengatakan kesalahan sepatutnya ditujukan kepada pengarah video klip Rockstar iaitu Henry Scholfield bukannya Lisa. -Gempak
Topic Berkaitan
#BLACKPINK
#Lisa BLACKPINK
#Travis Scott
#Rockstar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan