Video muzik terbaharu Taylor Swift pecah rekod YouTube

Kohilah Sekaran
Ogos 30, 2017 02:23 MYT
Video muzik terbaharu Taylor Swift 'Look What You Made Me Do' berjaya memecah rekod YouTube, apabila meraih lebih 43 juta tontonan dalam tempoh 24 jam pelancarannya. -Instagram taylorswift
VIDEO muzik single terbaharu Taylor Swift 'Look What You Made Me Do' berjaya memecah rekod YouTube apabila meraih lebih 43 juta tontonan dalam tempoh 24 jam pelancarannya.
Menurut YouTube, video penyanyi berusia 27 tahun itu menewaskan jumlah tontotan 36 juta yang dicatatkan penyanyi Korea Selatan, Psy menerusi lagu 'Gentleman' pada 2013.
Ini bermaksud lagu ‘Look What You Made Me Do’ mencipta sejarah baharu dalam dunia YouTube.
Video itu bagaimanapun menerima pelbagai kritikan daripada peminat dan media hiburan sejak ia dipersembahkan pada Anugerah Video Muzik MTV pada Ahad lalu.

39 million youtube views in 24 hours. World record. YOU DID IT. You are all amazing. THANK YOU!#LWYMMDvideo https://t.co/CtJKWQcNo0

— Joseph Kahn (@JosephKahn) August 29, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Timbul juga spekulasi bahawa lagu berkenaan ditujukan kepada Kanye West dan Kim Kardashian kerana kontroversi lagu 'Famous’.
Hal ini kerana Taylor ‘menghilangkan diri’ daripada industri muzik hampir setahun selepas insiden itu.
Rangkap lirik, "I'm sorry, but the old Taylor can't come to the phone right now,”, "Why? Oh, 'cause she's dead” menarik perhatian peminatnya, sehingga ada yang berpendapat Taylor tampil sebagai ‘insan yang baharu’.
Ada juga yang bimbang jika penyanyi berusia 27 tahun itu mengalami masalah kemurungan.
#Kanye West #Kim Kardashian #Look what you made me do #Taylor Swift #video #YouTube