Video tular Jackie Chan punca warganet sangka dia sudah berbaik dengan anak kandung

Remaja
Julai 9, 2023 07:26 MYT
Apa yang menarik perhatian peminat, bukan sahaja aksi Jackie Chan yang mengagumkan, namun kehadiran seorang wanita muda di sisinya yang mesra memanggilnya sebagai -papa.- -Remaja
BARU-BARU ini, klip menyentuh hati yang memaparkan pelakon terkenal Jackie Chan telah mendapat perhatian warganet selepas ia dikongsi di laman Twitter.
Dalam video berdurasi 40 saat yang diambil daripada filem terbaharu Jackie Chan “Ride On,” pelakon itu dilihat menonton klip peranan filem awalnya, mempamerkan aksi berani yang dilakukannya sebelum mencapai kemasyhuran Hollywood.
Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian peminat, bukan sahaja aksi Jackie Chan yang mengagumkan, namun kehadiran seorang wanita muda di sisinya yang mesra memanggilnya sebagai “papa.”

Jackie Chan and his daughter shedding tears while watching some of his old movie scenes is the most beautiful thing you will watch today! A true legend! You made our childhood worthwhile pic.twitter.com/CT2r7sM4tK

— NATHANIEL MENSAH (@NateMensah_) July 3, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Identiti wanita tersebut jelas menjadi tanda tanya apabila ramai peminat kerap mencetuskan spekulasi bahawa dia adalah anak kandung bintang terkenal itu.
Bertentangan dengan spekulasi peminat, wanita muda dalam video tersebut bukanlah anak kandung Jackie Chan.
Dia ialah Liu Haocun, seorang pelakon berbakat yang memainkan watak anak perempuan beliau dalam filem “Ride On.”
Siapa Anak Perempuan Jackie Chan?
Etta Ng Chok Lam, anak kandung Jackie Chan, yang juga dikenali sebagai Xiao Long Nu, adalah seorang wanita muda berusia 23 tahun hasil dari perhubungannya dengan bekas ratu cantik Elaine Ng Yi-Lei.
Malangnya, laporan menunjukkan bahawa hubungan antara bapa dan anak perempuan tersebut sudah beberapa tahun terputus tanpa sebarang khabar berita. -Remaja
#Jackie Chan #Ride On #babak dalam filem #video tular #Liu Haocun