Selepas tujuh tahun menerokai bidang fesyen, usahawan Vivy Yusof kini melebarkan sayapnya lagi dengan menceburi segmen kosmetik.
Menerusi syarikat Kumpulan dUCk, rangkaian produk kecantikannya di bawah jenama dUCk Cosmetics, menampilkan koleksi gincu, pengilat bibir, krim bibir dan palet pembayang.
Sebagai pengasas bersama syarikat, Vivy berkata, walaupun jenama itu lebih terkenal dengan jualan tudung, beliau mahu dUCk dikaitkan sebagai jenama 'gaya hidup'.
"Saya tidak mahu mengehadkan dUCk kepada segmen tudung sahaja, tetapi segmen lain seperti 'home and living' dan 'travel'.
"Saya yakin dUCk ada potensi untuk menjadi jenama bertaraf antarabangsa," kata Vivy kepada Astro AWANI.
Jelasnya, proses membangunkan produk ini telah bermula sejak satu setengah tahun yang lalu.
"Ia merupakan proses yang lama bagi kami kerana ia melibatkan penyelidikan dan pembangunan.
"Saya juga tahu persaingan dalam industri kosmetik juga sangat tinggi, maka saya amat menekankan pembungkusan yang baik," katanya.
Selain itu, katanya bahan-bahan yang digunakan adalah bersih dan selamat dan menepati tahap piawaian tertinggi Kesatuan Eropah (EU).
"Semua bahan yang kami gunakan adalah halal, dan kini kami dalam proses untuk mendapatkan sijil halal.
"Kami harap apabila koleksi kedua dilancarkan, kami sudah mendapat sijil itu," katanya.
Kedai dUCk Cosmetics yang dibuka pada 2 September lalu sudah menyaksikan sambutan memberangsangkan terutamanya di kalangan peminat setia jenama dUCk.
Ia juga merupakan kedai kosmetik tempatan yang pertama dibuka di sebuah pusat beli belah eksklusif, Pavilion Kuala Lumpur, yang terkenal dengan rangkaian outlet berjenama antarabangsa.
"Saya banyak mendengar orang mempersoalkan kualiti jenama tempatan, dan berkata mereka tidak pernah melihat jenama tempatan ini di pusat beli belah.
"Jadi saya mahu buktikan bahawa jenama tempatan juga setanding dengan jenama antarabangsa.
"Saya sangat bersyukur dengan pihak Pavilion kerana memberi kepercayaan kepada dUCk Cosmetics membuka kedai di sini dan saya harap ia memberi inspirasi kepada usahawan lain," kata Vivy.
Tambahnya, dUCk Cosmetics juga dalam rancangan untuk terus mengembangkan lagi perniagaannya.
"Kami mahu mengeluarkan bronzer, pemerah pipi dan penyerlah, termasuk produk mata yang lain.
"Saya juga berminat untuk menerokai segmen kesihatan kulit, tetapi itu masih dalam proses lagi.
"Sekarang kami mahu fokus terhadap produk kosmetik," katanya.
Beliau yakin jika sebelum ini dUCk hanya menarik perhatian mereka yang berhijab, kini ia mampu menarik pelanggan dari pelbagai latar belakang.
Menerusi jenama dUCk, Vivy berharap ia mampu menerbitkan kebanggaan di kalangan pengguna dan peminat dUCk kerana ia adalah produk tempatan.
Dania Zainuddin
Sat Sep 09 2017
VIVY: Saya juga berminat untuk menerokai segmen kesihatan kulit, tetapi itu masih dalam proses lagi. - Gambar fail
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Vivy Yusof kini teroka segmen kosmetik
Menerusi syarikat Kumpulan dUCk, rangkaian produk kecantikannya di bawah jenama dUCk Cosmetics menampilkan koleksi gincu, pengilat bibir, krim bibir, palet pembayang.