Walaupun hanya ke pasar Taman Tun, wanita Ini melaram bak Barbie... dah kenapa tu?

Gempak
Disember 12, 2018 14:27 MYT
Aksi seorang wanita yang melaram cantik walaupun hanya ke pasar menjadi tular di laman Twitter.
AKSI seorang wanita yang melaram cantik walaupun hanya ke pasar menjadi tular di laman Twitter.
Video ragam wanita tersebut dikongsi oleh seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama Abang Dodol (@dodolism_).
Video tersebut memaparkan aksi wanita terbabit yang mengenakan baju penuh labuci rona hitam bersama skirt kembang merah jambu singgah ke sebuah pasar.
Weh, siapa perempuan ni weh? Ada barbie jatuh dari langit ke? Kemahen dress up. HAHAHA. Part last tu, kelakar. Kena tegur dengan makcik," tulis Abang Dodol.

weh, sapa perempuan ni weh? ada barbie jatuh dari langit ke? kemahen dress up. HAHAHA. part last tu, kelakor. kena tegur dengan makcik pic.twitter.com/EhaWaSVOrL

— Abang Dodol (@dodolism_) December 12, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tweet tersebut mendapat perhatian pengguna Twitter dan pelbagai respon diberikan, terutamanya mengenai cara pemakaian wanita terbabit.
Menerusi pencarian Gempak, wanita tersebut adalah Izubiela, seorang selebriti media sosial dan usahawan produk Putih Gebu DBella.
Menerusi entri di laman Instagram milik Izubiela, dia singgah ke Pasar Besar Awam Taman Tun Dr. Ismail sebelum menghadiri urusan lain.
#Barbie #Instagram #Media #media sosial #Tweet #Twitter #video