SATU pergaduhan tercetus dalam sebuah pawagam di Brazil selepas seorang ibu didakwa membiarkan anaknya membuka YouTube dengan kuat sewaktu menonton filem fenomena, Barbie.

Insiden pergaduhan tersebut dirakamkan penonton sebelum videonya tersebar di platform TikTok.

Menerusi video yang beredar seorang wanita memakai baju berwarna merah jambu telah dipukul seorang perempuan lain dengan latar belakang ending credit filem Barbie.

Bagaimanapun tidak diketahui siapa yang memulakan pergaduhan tersebut, lapor TMZ.

Filem lakonan Margot Robbie dan Ryan Gosling itu telah mengumpul sebanyak RM1.2 bilion pada minggu pertama tayangannya.

Meskipun ia menjadi fenomena, Barbie juga berdepan kontroversi dan diharamkan di Vietnam kerana didakwa menggambarkan garisan sembilan sempang kontroversi China. -- Gempak