awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
Pengarah drama Manjalara, Haris Kadir meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wany Hasrita jawab desas-desus kahwin tahun ini

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
05/03/2020
06:16 MYT
Wany Hasrita jawab desas-desus kahwin tahun ini
Menurut Wany Hasrita dia hanya akan berkongsi khabar gembira berhubung perkahwinan apabila sampai masanya kelak. - Gambar Astro AWANI/ AMIRUDDINSYLAR
Awal tahun 2020 dibuka dengan beberapa khabar gembira iaitu penyatuan dua jiwa beberapa selebriti tanah air.
Antara artis yang berkahwin pada tahun ini ialah Emma Maembong, Zahirah Mcwilson dan Tasha Shila.
Terbaharu, tersebar spekulasi mengenai penyanyi terkenal, Wany Hasrita yang dikhabarkan akan mengikut jejak langkah rakan-rakan artis lain menamatkan zaman bujang.
Namun bagi penyanyi yang popular dengan lagu Terlalu Memuja itu, dia hanya akan mengumumkan khabar gembira itu apabila sampai masanya nanti.
"Saya belajar daripada orang di sekeliling saya, selagi tiada apa yang serius baik saya simpan dahulu, jika ada dan dah sahih nanti saya kongsikan kepada semua," katanya ketika ditemui di majlis pertunjukan fesyen jenama Rico Rinal di Kuala Lumpur pada Rabu.
Buat masa ini, Wany atau nama sebenarnya, Nurshazwany Hasrita mengakui, dia sedang mengenali rapat seorang jejaka.
Kata Wany, dia dan jejaka berkenalan mula mengenali antara sejak 2010 lagi, namun sejak kebelakangan ini, hubungan menjadi rapat.
Enggan bercerita lanjut, kata Wany, teman rapatnya itu bukan orang terkenal.
"Selebihnya saya bukan tidak mahu berkongsi dengan lebih banyak, saya bimbang kalau tidak jadi (hubungan) saya sendiri yang malu. Untuk tahun ini biarlah orang lain dahulu (berkahwin). Insya-Allah kalau ada jodoh saya nanti, akan saya umumkan," kata Wany berhati-hati.
Sementara itu, ditanya mengenai perkembangan kerjaya seninya, penyanyi berusia 28 tahun itu berkata, dia bakal muncul dengan single baharu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong berjudul Canggung.
Menurutnya, lagu tersebut akan menampil kelainan dari segi susunan melodi.
"Lagu baharu saya hampir menyampai melodi Belenggu Rindu namun bukan sepenuhnya berkonsepkan etnik kreatif. Seperti yang kita semua tahu, Hael dan Ezragemar bereksperimen dengan melodi, jadi ia sesuatu yang baharu bagi saya," kata Wany penuh teruja.
Topic Berkaitan
#Canggung
#Ezra Kong
#Hael Husaini
#jejaka
#kahwin
#Kekasih
#Rico Rinaldi
#Wany Hasrita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan