awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wany Hasrita terima ugutan bunuh

Gempak
Gempak
01/06/2017
00:42 MYT
Wany Hasrita terima ugutan bunuh
WANI: "Hampir tiga kali saya menyekatnya di laman Instagram dan dia tetap akan muncul dengan nama yang lebih kurang sama dan mengganggu saya" - Foto Astro Gempak
PENYANYI baru yang sedang meningkat naik, Wany Hasrita mengakui menerima ugutan bunuh menerusi beberapa komen dan mesej di laman Instagram miliknya.
“Kejadian ini berlaku tiga minggu lepas. Saya diganggu oleh seorang peminat fanatik menerusi mesej dan komen di laman Instagram.
“Dia menghantarkan komen dan mesej yang berbunyi seperti, ‘jangan sampai aku jumpa kau perempuan miang, aku bunuh kau nanti’.
“Hampir tiga kali saya menyekatnya di laman Instagram dan dia tetap akan muncul dengan nama yang lebih kurang sama dan mengganggu saya.
“Sebagai solusi, saya mengambil tindakan dengan menyimpan segala ‘screen shot’ komen dan mesej yang dia hantar kepada saya. Saya juga memberi amaran kepada dirinya. Saya katakan kepadanya, negara kita ada undang-undang dan pihak berkuasa pasti akan dapat mencari siapakah dia.
“Akhirnya, saya langsung tidak melayan mesej dan komen peminat tersebut dan dia pun telah berhenti mengganggu saya,” kata Wany ketika ditemui di majlis berbuka puasa dan rakaman program Hari Raya Muzik Muzik 32 dan Indigital di Marriot Putrajaya pada Selasa.
Masih cuba menyesuaikan diri dengan limpahan populariti yang diterima olehnya semenjak single pertama, Menahan Rindu menjadi kegemaran ramai, Wany mahu mengambil langkah berhati-hati.
“Saya menyedari impak lagu Menahan Rindu membuatkan nama saya lebih dikenali. Saya bersyukur dengan kurniaan rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah.
“Saya sedang menyesuaikan diri dengan apa yang terjadi sekarang. Saya juga mengambil langkah berjaga-jaga dengan setiap tindakan yang saya lakukan.
“Apa yang penting, saya mahu berusaha dengan lebih kuat agar apa yang saya kecapi sekarang tidak bersifat sementara atau ‘one hit wonder’. Saya mahu lebih fokus dalam mencipta produk berkualiti agar apa yang saya sampaikan dapat diterima ramai,” katanya lagi.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Topic Berkaitan
#ancaman bunuh
#bunuh
#Instagram
#Wany Hasrita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan