awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen pemain warisan Harimau Malaya, 45 laporan diterima, lapan direkod keterangan
Kilang makanan sejuk beku di Puchong terbakar, tiada mangsa terlibat
[TERKINI] Isma Aliff meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wany Hasrita timang anak perempuan

Sinar Harian
Sinar Harian
10/07/2023
00:00 MYT
Wany Hasrita timang anak perempuan
Wany dan suami teruja menyambut kelahiran cahaya mata sulung. - Foto Instagram Wany Hasrita
SHAH ALAM: PENYANYI Wany Hasrita kini bergelar ibu apabila selamat melahirkan cahaya mata sulung yang juga seorang bayi perempuan secara normal pada Sabtu.
Berita gembira itu dikongsi Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 30, menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya.
“Alhamdulillah, saya telah selamat melahirkan puteri kami pada hari Sabtu, 7.14 petang secara normal.
“Terima kasih pada semua yang mendoakan kami,” tulisnya di ruangan kapsyen berserta foto pertama bayinya yang sedang menggenggam tangan.
Penyanyi yang cukup dikenali dengan lagu Menahan Rindu itu turut menitipkan doa dan harapan agar cahaya matanya itu menjadi anak solehah dan pengikat kasih sayangnya bersama suami.
View this post on Instagram
A post shared by WANY HASRITA (@wanyhasrita)
“Anak ibu semoga jadi anak solehah penyejuk mata, penenang jiwa, pengerat cinta ibu dan bapak.
“Membesar dengan sihat dan jadilah orang yang memberi manfaat pada yang lain kelak,” ujarnya.
Wany mendirikan rumah tangga dengan suami yang juga merupakan seorang juruterbang, Muhd Al-Adib Fahmi Harun, 31, pada 22 Julai 2022. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Wany Hasrita
#Wany Hasrita bersalin
#Anak perempuan
#cahaya mata sulung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan