Wardina kongsi pengalaman mangsa pedofil, buka mata ramai pihak

Azyyati Ahmad
Mei 13, 2015 11:40 MYT
WARDINA: Kanak-kanak tidak layak dilayan sebegitu rupa - Foto fail
Personaliti TV Wardina Safiyyah menjadi tumpuan hari ini apabila memuat naik pengalaman mangsa-mangsa yang pernah mengalami penderaan seks di waktu kecil di laman sosialnya.
Ia merupakan pengalaman sebenar beberapa pengikut Wardina di laman rasmi Facebooknya.
Dengan merahsiakan identiti mereka, luahan yang dikongsikan Wardina cukup membuka mata ramai pihak bahawa gejala pedofil bukanlah satu jenayah asing di negara ini.
Kata Wardina, niatnya bukan untuk mengaibkan pelaku seksual namun adalah lebih aib jika masyarakat terus membela mereka.
“Setiap daripada kita boleh memainkan peranan dalam merubah tidak kira betapa kecil usaha tersebut.
“Kanak-kanak tidak layak dilayan sebegitu rupa. Mereka berhak membesar untuk menjadi yang terbaik dalam hidup mereka. Kita perlu melindungi bukan sahaja anak-anak kita malah anak-anak yang lain,” tulis Wardina di dalam Facebooknya.
Ada antara mereka yang menjadi mangsa pedofil yang terdiri di kalangan mereka yang dihormati di dalam masyarakat seperti guru dan ustaz selain ada juga yang menjadi mangsa kerakusan anggota keluarga sendiri.
Pembaca-pembaca yang mengikuti kisah-kisah yang dikongsikan turut berasa simpati dan geram dengan kejadian yang pernah melanda mangsa.
Tidak kurang juga ada turut berkongsi cerita-cerita tersebut di ruang media sosial bagi memberi pengajaran kepada yang lain.

True stories shared on Wardina FB wall. Pergi baca and ambil iktibar. — aina nadirah (@nadirahrokman) May 13, 2015

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Wardina kongsi kes cabul melibatkan guru. Ye guru. Haih zaman sekarang ni macam2 boleh jadi. http://t.co/7OWNtJXswF pic.twitter.com/BcYVjVKxh5

— ohbulan (@ohbulancom) May 13, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Wardina posted confessions from girls who experienced sexual abuse as children: You can read them here https://t.co/s9SROdwfgF

— fnd sam missing (@saniwa_VieN) May 13, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Baca status2 wardina. Allahh sedihnya rasa..

— hana (@farhanasahari) May 13, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Seriau sedih geram sebak semua ada bila baca page kak Wardina Safiyyah ni.

— Nur Ain (@hazwanarahaman) May 13, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Pegilah bukak wardina punya page. Jgn terkejut abang kandung sendiri yg patut melindungi adik, memilih untuk rogol diorang. Wtf

— AzzaSyzna (@_azzang) May 13, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Ladies, you should go to Wardina's FB page https://t.co/QcszeSjlRN and baca pengalaman drpd molest victim. It is heart breaking indeed.

— R (@ariejaafar) May 13, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

reading post on wardina facebook makes me wanna vomit.

— farahayuni (@farahayuni) May 13, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Reading all Wardina's posts in fb i just realized too many crazy people in this world *sigh

— Hanis Khuraisyah (@hnskhrsyh) May 13, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebelum ini, negara dikejutkan dengan berita bekas pelajar pinjaman Majlis Amanah Rakyat (Mara) Nur Fitri Azmeer Nordin yang didapati bersalah oleh Mahkamah London kerana memiliki lebih 30,000 imej dan video lucah kanak-kanak.
BACA: Pelajar genius Malaysia di London dipenjara lima tahun miliki bahan lucah kanak-kanak
BACA: Pedofil: Netizen wujudkan hashtag luah rasa berang
Penuntut Imperial College jurusan Matematik berusia 23 tahun itu kemudian mendapat cemuhan ramai apabila Mara mahu memberinya peluang kedua selepas tamat hukuman penjara lima tahun yang dijalani Nur Fitri.
#pedofil #pelaku seks #personaliti TV #Wardina Safiyyah