CALIFORNIA: Balu dan anak lelaki kepada penulis artikel asal, Ehud Yonay sehingga mengilhamkan filem 'Top Gun' menyaman Paramount Pictures berhubung sekuelnya, 'Top Gun: Maverick'.

Dalam aduan yang difailkan balu serta anak lelaki penulis, Shosh Yonay dan Yuval Yonay kepada Mahkamah Persekutuan California pada Isnin, mendakwa bahawa hak untuk kisah Yonay dikembalikan semula kepada mereka pada 24 Januari 2020.

Tuntutan itu berpendapat bahawa Paramount yang menghasilkan dan mengedarkan sekuel ini tidak memperoleh semula hak tersebut sebelum mengeluarkan filem pada Mei lalu.

Jurucakap Paramount Pictures berkata dalam satu kenyataan bahawa, dakwaan itu tiada merit dan pihaknya akan mempertahankan diri dalam isu berkenaan.

Artikel asal Yonay mengenai program latihan Sekolah Pesawat Pejuang Tentera Laut dan dua juruterbang dalam kursus itu, iaitu watak 'Yogi' dan 'Possum' diterbitkan dalam majalah California edisi Mei 1983.

Tidak lama selepas itu, Paramount Pict.ures memperoleh hak filem eksklusif.

'Top Gun' dikeluarkan pada tahun 1986 dan seterusnya menjadi filem nombor satu tahun ini.

Sekuel ini dibangunkan selama bertahun-tahun dan pada asalnya ditetapkan untuk dikeluarkan pada Julai 2019, namun beberapa kali ditanggunhkan atas pelbagai sebab termasuk pandemik COVID-19.

'Top Gun: Maverick' akhirnya ditayangkan di pawagam pada 27 Mei, kini pecah panggung dalam masa dua minggu dan dilaporkan telah memperoleh lebih AS$557 juita dalam jualan tiket di seluruh dunia.