ENTERTAINMENT
Wartawan veteran Nas Ahmad meninggal dunia
Nas Ahmad meninggal dunia pada usia 63 tahun pagi ini.
KUALA LUMPUR: Wartawan veteran stesen penyiaran TV3 Md Nasir Ahmad, atau lebih dikenali sebagai Nas Ahmad, meninggal dunia pagi ini.
Allahyarham yang berusia 63 tahun menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sungai Buloh.
Berita kematiannya dikongsikan ahli keluarga Allahyarham menerusi panggilan kepada media.
Terdahulu, Allahyarham dikejarkan ke hospital semalam selepas mengalami masalah kekurangan oksigen.
Beliau sebelum ini mengalami masalah jantung sejak Januari 2023, selain menanggung masalah katarak yang menyebabkan beliau sukar bekerja.
Nama Nas Ahmad terpahat dalam industri seni tanah air sebagai penulis berita hiburan popular pada tahun 80-an.
Beliau juga merupakan editor dan penerbit program hiburan Melodi serta pengarah kreatif Nas Studios.
Bukan sekadar menyampaikan berita, Allahyarham semasa hayatnya turut giat memperjuangkan kebajikan artis dan pengamal seni.