HIBURAN
Watak yang mencabar, peminat mungkin tidak kenal saya dalam 'Macai' - Irfan Zaini
Irfan (kiri) berkata, filem Macai yang bakal ke pawagam pada 13 November ini merupakan sebuah filem Malaysia yang wajib ditonton oleh semua bangsa di negara ini. - Skyzen Studios
SELEPAS kemunculan dalam Blood Brothers: Bara Naga, pelakon Irfan Zaini kembali ke layar perak dalam filem arahan Sun-J Perumal, berjudul Macai.
Aktor yang semakin mencuri perhatian para sutradara dan juga penonton tanah air itu benar-benar menghargai setiap peluang dan pengalaman berharga yang diberikan dalam perjalanan karier seni lakonnya.
“Saya bersyukur dapat buat filem dengan legenda-legenda besar. Ada beberapa pengarah yang saya nak bekerja dan salah seorangnya ialah Sun-J.
“Sudah lama dah saya 'sasarkan' Sun-J, yang saya pernah dengar khabar sahaja sebelum ini. Bila saya dapat panggil untuk casting, saya bersyukur. Bila saya dapat watak Jack, memang saya terkejut,” katanya.
Menurut Irfan, dia tergamam apabila ditawarkan peluang untuk berlakon dalam Macai kerana dirinya selalu dikatakan seorang pelakon komersial manakala Sun-J pula seorang pengarah yang selalu dikaitkan dengan ‘filem seni’.
Beliau yang pernah berlakon dalam filem dari India termasuk The Greatest of All Time (GOAT) mengaku pernah terfikir sama ada dirinya boleh diterima oleh peminat terutamanya dalam filem tempatan.
“Sama ada muka saya ini boleh diterima, itu satu persoalan yang pernah bermain di kepala saya.
“Filem Blood Brothers bukanlah sesuatu yang saya dapat dengan begitu sahaja. Saya banyak berusaha untuk dapatkan peluang. Saya rasa rezeki saya dapat bersama dalam Blood Brothers ini.
“Kita kena selalu belajar, tak ada orang yang besar atau kecil dalam industri ini,” katanya lagi.
Irfan atau nama penuhnya Muhammad Irfan Mohamed Zaini, semakin dikenali ramai menerusi watak Malik yang diperankan dalam filem Blood Brothers: Bara Naga, arahan Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra. Filem tersebut berjaya mencetak sejarah dengan mencecah kutipan RM70 juta dalam tempoh 25 hari tayangan.
Mengulas lanjut tentang filem Macai yang bakal ke pawagam pada 13 November ini, Irfan berkata ia merupakan sebuah filem Malaysia yang wajib ditonton oleh semua bangsa di negara ini.
Menurutnya, dalam filem berkenaan, watak orang Cina yang berbahasa Cina manakala orang Melayu bercakap dalam Bahasa Melayu, merupakan adegan yang berpaksikan kelaziman realiti dalam kalangan rakyat berbilang bangsa di negara ini.
Bagaimanapun, menyentuh soal watak yang dibawakannya, Irfan mengaku bahawa dirinya agak sukar untuk membawa karakter Jack dalam filem Macai.
“Susah. Watak itu tak ada kena-mengena dengan saya. Saya tidak boleh fikirkan satu perkara pun yang sama antara watak itu dan diri saya. Saya rasa diri saya seolah-olah seperti memakai baju Superman apabila memainkan watak itu. Sarung sut itu dan menjadi orang lain.
“Tetapi sebagai seorang pelakon, ia mencabar saya untuk mencuba sama ada saya boleh atau tidak membawa watak itu.
"Proses pra-produksi pula mengambil masa hampir dua bulan. Pengarah ada ciri karakter yang dia sudah imaginasikan, dan saya kena satukan diri saya dengan watak itu,” katanya yang melakukan banyak persiapan demi menghidupkan watak Jack.
Katanya, selain aspek dialog, Sun-J turut mengajarnya cara bertutur, berjalan dan bahasa tubuh untuk mendalami watak Jack.
“Sun-J turut memberi saya satu playlist lagu yang saya harus dengar untuk mendalami lagi watak saya. Pada mulanya saya tertanya-tanya, perlukah sampai begitu.. tapi kemudiannya saya faham.
Katanya, playlist berbeza juga diberi kepada pelakon yang membawa watak utama, seperti Karnan Kanapathy dan Kuberan Mahadevan.
“Tiga watak penting ini selalunya dalam zon mereka sendiri semasa penggambaran. Kami dinasihati untuk stay in the character sehinggalah penggambaran berakhir. Saya rasa saya akan menggunakan teknik ini untuk projek saya yang lain juga,” kongsinya.
Irfan berkata, Macai merupakan karya Sun-J selepas 10 tahun.
“Kepada semua peminat filem Jagat, ini merupakan versi yang lebih gempak. Saya pun sebenarnya
belum tengok filem ini sepenuhnya dan saya rasa rugi kalau orang tidak tonton,” katanya.