KUALA LUMPUR: Sambungan internet yang lemah disebabkan internet perlahan dan ‘zon hilang’ WiFi? Kini tiada lagi masalah dengan adanya Astro Fibre, WiFi Kencang!

Pelanggan kini boleh menikmati pengalaman hiburan terbaik Astro Fibre bersama jalur lebar berkelajuan sehingga 800Mbps, penghala WiFi 6 dan Mesh WiFi percuma bersama kandungan terkini, semuanya dalam satu pek promosi!

Ketua Perniagaan Jalur Lebar Astro, Tan Sian Tuang berkata, internet berkelajuan tinggi melalui Astro Fibre akan melengkapkan matlamat syarikat dalam menyampaikan pengalaman hiburan terbaik di pasaran melalui Astro Box, Astro GO dan perkhidmatan penstriman global seperti Netflix, HBO GO, iQIYI, TVBAnywhere dan banyak lagi.

Menurutnya, ia juga selaras bagi mencapai misi satu rumah satu internet yang dirancang oleh syarikat.

Wifi Kencang | Hiburan tahap baharu dengan Astro Fibre

“Pek terbaharu ini turut bertujuan memenuhi permintaan kepelbagaian peranti, pada masa yang sama Astro Fibre dan kandungan TV bundles menawarkan jalur lebar berkelajuan tinggi 50Mbps, 100Mbps, 500Mbps dan 800Mbps.

“Ia turut dikuasakan dengan modem dan penghala WiFi 6 terkini yang menawarkan kebolehpercayaan dan ketersambungan dipertingkatkan serta pilihan langganan peranti jaringan (Mesh WiFi) fleksibel,” katanya kepada Astro AWANI pada Khamis di sini.

Dengan langganan peranti jaringan Mesh yang fleksibel, pelanggan kini boleh menyelesaikan isyarat WiFi mereka yang lemah tanpa terikat dengan mana-mana kontrak peranti tersebut selain pemasangan adalah secara percuma!

Menurut Sian Tuang, untuk hiburan dan nilai terbaik, pelanggan boleh menggabungkan pelan kelajuan yang diingini dengan mana-mana pek TV dan menikmati rebat bundle sehingga RM39.00 setiap bulan.

“Sebagai tawaran pengenalan, Astro Fibre akan digabungkan dengan pakej kandungan Primary Pack dengan Pek Jimat Kencang RM129 terbaharu yang merangkumi 50Mbps untuk memberi pengalaman penstriman hebat.

“Pek Primary mengandungi lebih daripada 85 saluran dan percuma Mesh WiFi selama 12 bulan pada harga RM129.99,” ujarnya.

Tujuh pakej TV dilancarkan sebagai sebahagian daripada pengalaman baharu Astro termasuk Pek Primary, Pek Entertainment, Pek Sports, Pek Movies, Pek Entertainment Plus, Pek Premium dan Pek Platinum.

Semua pelanggan Astro sedia ada dan baharu boleh mendaftar sekarang di astrofibre.com.my atau hubungi 03-7481 3000.