[TERKINI] RM100 Bantuan SARA Dikredit 9 Februari – PM Anwar
HIBURAN

Will Smith dituduh lakukan amang seksual terhadap pemain biola lelaki

Gempak 03/01/2026 | 07:00 MYT
Smith berdepan saman daripada Joseph atas dakwaan melakukan amang seksual, balas dendam dan memberhentikan tugas secara tidak sah. - Gambar/ Gempak
BINTANG Hollywood terkemuka, Will Smith, membuka tirai 2026 dengan berita buruk.


Ringkasan AI
  • Will Smith dihadapkan dengan saman daripada seorang pemain biola profesional, Brian King Joseph, atas dakwaan amang seksual dan tindakan balas dendam.
  • Brian King Joseph memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Los Angeles terhadap Will Smith dan syarikatnya, Treyball Studios Management, Inc., selepas pengalaman traumatik yang didakwanya berlaku pada Mac 2025.
  • Joseph mendakwa pengalaman yang dialaminya meninggalkan kesan emosi dan merosakkan reputasinya, menyebabkan kehilangan pendapatan dan kepercayaan diri.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Smith dilaporkan berdepan saman daripada seorang pemain biola profesional, Brian King Joseph atas dakwaan melakukan amang seksual, balas dendam dan memberhentikan tugas secara tidak sah.

Joseph memfailkan saman tersebut di Los Angeles Superior Court pada 30 Disember 2025 terhadap Smith dan syarikatnya, Treyball Studios Management, Inc., lapor People.

Menerusi dokumen, Smith, 57, didakwa telah membina emosi dan mendapatkan kepercayaannya selepas terlibat dalam siri jelajah True Story pada November 2024.

Joseph yang merupakan peserta America’s Got Talent 2018 menyifatkan pengalaman yang dilalui sebagai meninggalkan kesan dan trauma sewaktu kejadian berlaku pada Mac 2025.

Dia mendakwa seseorang telah masuk ke bilik hotel yang dilihat bersifat mengancam ke arah perlakuan seks. Joseph juga mengatakan dia menemui tisu basah, sebotol arak dan ubat HIV dengan meninggalkan nota berbunyi: “Joseph, saya akan kembali. Hanya kita berdua.”

Namun pihak hotel mendakwa tiada kesan ceroboh yang berlaku sebaliknya individu yang didakwa sebagai Smith masuk dengan ‘mudah’.

Dia mendakwa tidak dipercayai oleh semua pihak termasuk pasukan Smith sebelum ditamatkan kontrak. Lantaran itu dia mendakwa mengalami gangguan emosi, kehilangan punca pendapatan dan reputasi tercalar. - Gempak









Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Siapakah yang telah mengemukakan saman terhadap Will Smith?
    A: Brian King Joseph, seorang pemain biola profesional.
  • Q: Apa dakwaan yang dibuat oleh Brian King Joseph terhadap Will Smith?
    A: Dakwaan termasuk amang seksual, tindakan balas dendam, dan penamatan tugas secara tidak sah.
  • Q: Apa yang menyebabkan Brian King Joseph memfailkan saman terhadap Will Smith?
    A: Joseph mendakwa telah mengalami pengalaman traumatik yang melibatkan ancaman dan tindakan seksual yang disifatkannya sebagai mengancam.



#Will Smith #gangguan seksual #Brian King Joseph #saman