awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
15 maut, lebih 80 cedera dalam letupan di masjid Islamabad ketika solat Jumaat
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Will Smith 'naik angin', tampar Chris Rock di pentas Oscar 2022

Agensi
Agensi
28/03/2022
03:16 MYT
Will Smith 'naik angin', tampar Chris Rock di pentas Oscar 2022
Reaksi spontan Chris Rock (kiri) selepas ditampar oleh Will Smith di pentas Oscar 2022 yang berlangsung di Dolby Theatre,Los Angeles pada Ahad malam (Isnin pagi waktu Malaysia). - Gambar REUTERS
LOS ANGELES: Majlis Oscar 2022 yang disiarkan secara langsung ke seluruh dunia dicemari dengan insiden aktor ternama Will Smith menampar selebriti Chris Rock di pentas anugerah berprestij itu di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat pada Ahad malam (Isnin pagi waktu Malaysia).
Insiden itu berlaku gara-gara Smith berang apabila Rock mempersenda isterinya, Jada Pinkett-Smith yang kini muncul dengan imej botak.
Sejurus selepas melakukan tindakan yang mengejutkan seluruh khalayak penonton, Smith turun dari pentas dan kembali ke tempat duduknya seraya menjerit ke arah Rock dengan mengeluarkan kata-kata yang kurang sopan.
Bagaimanapun, penonton di rumah tidak berpeluang mendengar apa yang keluar dari mulut Smith berikutan audio disenyapkan.
Will Smith punches Chris Rock and tells him to keep my wifes name out of your fucking mouth during the #Oscars pic.twitter.com/tYf7S6OIy4
— DiscussingFilm (@DiscussingFilm) March 28, 2022
‘Drama’ Oscar 2022 itu bermula apabila Rock berada di pentas itu untuk menyampaikan anugerah bagi kategeori Dokumentari Terbaik.
BACA: Anugerah Akademi ke-94: CODA filem terbaik, Dune menang besar
Seperti kelazimannnya, Rock yang sangat sinonim dengan sikap humornya mula bergurau dengan penonton dan sebaik terpandang wajah Smith dan Jada, dia membuat keputusan bersenda dengan pasangan suami isteri itu.
Namun, Rock tidak menyedari tindakannya itu hanya mengundang kemarahan Smith yang juga calon bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem King Richard.
Guruan Rock terhadap Jada yang kini muncul dengan imej botak berikutan masalah kesihatan itu lebih sesuai untuk membitangi filem G.I. Jane hanya mengundang padah.
Kepada Smith, apa yang disebut Rock bukan lagi gurauan, sebaliknya, tindakan itu satu penghinaan.
Seluruh penonton yang menghadiri acara anugerah itu tergamam melihat apa yang berlaku di pentas.
Menurut laporan portal berita antarabangsa, ejen publisiti Smith, Meredith O. Sullivan bergegas menuju ke arah pelakon ternama itu dan mengajaknya berbincang ketika siaran berhenti rehat.
Turut kelihatan pelakon senior, Denzel Washington yang mengajak Smith untuk berbincang secara tertutup.
Hiburan | Sekitar Anugerah Akademi; Will Smith tumbuk Chris Rock
Topic Berkaitan
#Will Smith
#Chris Rock
#Oscar 2022
#Will Smith tampar Chris Rock
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan