'Wow! Kembar Fattah Amin!' - Wajah tunang Elfira Loy dengan Lelaki Terseksi Malaysia 2018 sama?

Gempak
Disember 28, 2018 12:37 MYT
Dalam pada itu, Elfira turut meletakkan #farisnotfattah dan ia telah menarik perhatian netizen yang menyamakan wajah tunangnya itu dengan pelakon Fattah Amin. - Foto IG Elfira Loy
BUAT pertama kalinya pasangan merpati dua sejoli, Elfira Loy dan Faris Khairol Anuar disatukan dalam sesi fotografi sebagai penghias sampul hadapan sebuah majalah tempatan.
Teruja berkongsi foto berkenaan, Elfira turut memuat naik hasilnya di Instagram peribadi hari ini.
"So shy but so happy at the same time!
"This is our first photoshoot and interview together," tulis Elfira.
Dalam pada itu, Elfira turut meletakkan #farisnotfattah dan ia telah menarik perhatian netizen yang menyamakan wajah tunangnya itu dengan pelakon Fattah Amin.
#Elfira Loy #Faris Khairul Anuar #Fattah Amin #Fazura #Instagram #majalah #perkahwinan #selebriti