Satu pangkalan data yang menghimpunkan penggiat seni kreatif mengikut kepakaran masing-masing di Sarawak perlu diwujudkan, kata Ketua Pengarah Perbadanan Filem Nasional Malaysia (Finas) Datuk Kamil Othman.
Beliau berkata pangkalan data berkenaan akan dijadikan sebagai rujukan untuk mencari rakyat Sarawak yang berkelayakan untuk membantu Finas mengembangkan industri seni kreatif di negeri ini.
Katanya langkah tersebut juga selaras dengan hasrat Finas yang kini dalam proses desentralisasi dengan memberi kuasa tertentu kepada pejabat-pejabat wilayahnya seperti mewujudkan Meja Filem.
"Sudah sampai masa kita (Finas) desentralisasi fungsi-fungsi yang ada di Ibu pejabat, sebagai contoh kita beri peranan lebih kepada Pejabat Finas Wilayah Sarawak kerana di negeri juga sudah ada institut pendidikan tinggi seperti Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) yang menyediakan pelajaran filem ataupun pelajaran media yang sudah mantap," katanya di sini semalam.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program #tanyafinas bertujuan mendapat maklum balas daripada penggiat seni kreatif di negeri ini.
Pada majlis yang sama Kamil turut menyerahkan Dana Mikro berjumlah RM5,000 kepada 27 penerima terpilih.
Ketika diminta memperincikan fungsi Meja Filem, Kamil berkata pihaknya akan ke luar negara untuk memasarkan Malaysia sebagai destinasi perfileman.
"Jika ada penerbit filem luar yang berminat menjalankan penggambaran di mana-mana lokasi di negara ini, Meja Filem akan bertugas sebagai orang tengah dengan berhubung rapat dengan syarikat produksi tersebut dan kerajaan negeri.
"Sebagai contoh apabila kuasa diberi kepada Finas Wilayah Sarawak, menerusi pangkalan data yang sudah ada, penggiat seni kreatif di Sarawak yang sudah sememangnya tahu selok belok negeri ini akan dapat membantu menghasilkan lebih banyak cerita dari negeri ini," katanya.
Kamil berkata fungsi Meja Filem yang sebelum ini hanya ada di Ibu Pejabat Finas sudah diwujudkan di Pejabat Finas Wilayah Sarawak, Pejabat Finas Wilayah Sabah, dan Pejabat Finas Wilayah Utara.
Bernama
Sat Sep 10 2016
KAMIL: Langkah tersebut juga selaras dengan hasrat Finas yang kini dalam proses desentralisasi dengan memberi kuasa tertentu kepada pejabat-pejabat wilayahnya seperti mewujudkan Meja Filem. - Gambar fail
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Finas anjur sesi tayangan dan apresiasi filem sempena FFM33
Program itu juga membantu mempromosikan dan meningkatkan publisiti FFM33 dalam kalangan penggiat industri tempatan dan antarabangsa.
FFM berpotensi diangkat sebagai festival filem bertaraf antarabangsa - Fahmi
Fahmi berkata FFM setanding Festival Filem Antarabangsa lain seperti yang diadakan di Singapura, Cannes, Locarno, Jogja-NETPAC, Busan, Goa dan Tokyo.
Sasaran sekurang-kurangnya 50 peratus penggiat seni carum KWSP - Fahmi
Sekurang-kurangnya 50 peratus daripada 70,000 pekerja industri kreatif disasarkan mencarum dengan KWSP dalam tempoh satu hingga dua tahun akan datang.
FINAS temui agensi perfileman ASEAN, bincang pembentukan komuniti serantau
FINAS juga ingin meneroka peluang untuk menganjurkan festival filem yang dapat membantu mengembangkan pasaran di rantau ASEAN.
Malaysia pertama kali sertai Festival Filem Antarabangsa Dili
Selain tayangan filem dari pelbagai negara, DIFF juga menampilkan pertandingan filem pendek dan bengkel untuk penggiat filem muda.
FINAS mahu syarikat pawagam bantu wujudkan pangkalan data berpusat
Pembangunan pangkalan data itu kelak mampu membantu pemain industri perfileman memahami 'selera' terkini penonton.
FINAS, MyIPO kerjasama tingkat usaha pendaftaran harta intelek penggiat seni
FINAS akan bekerjasama dengan MyIPO untuk meningkatkan pendaftaran IP dalam kalangan penggiat seni tanah air.
FINAS taja caruman SKSPS bagi 4,500 penggiat seni selama setahun - Fahmi
FINAS akan menaja 4,500 penggiat seni tanah air di bawah SKSPS Perkeso dengan caruman RM23.30 bagi setiap orang, menjadikan jumlah keseluruhan tajaan bernilai RM104,850.
Pindaan akta Finas turut ambil kira aspek standard kontrak penggiat seni - Fahmi
Fahmi berkata perkara itu perlu ditambah baik dalam Akta Finas untuk memastikan aspek keselamatan sosial bagi pekerja industri kreatif di negara ini tidak diketepikan.
Mampukah 2024 noktah kemelut kebajikan penggiat seni?
Sudah sekian lama, isu kebajikan penggiat seni hiburan negara sehingga ke hari ini masih belum menampakkan jalan penyelesaian.