PEMERGIAN penghibur legenda, Lata Mangheskar pada usia 92 tahun menyebabkan seluruh India berduka.
Ini kerana, mendiang mendedikasikan seluruh kehidupannya kepada seni dan memasyhurkan negara kelahirannya menerusi suara emasnya.
BACA: Lata Mangeshkar meninggal dunia, India berkabung dua hari, bendera dikibar separuh tiang
Ekoran pemergiannya hari ini, media massa dan pencinta-pencinta mendiang berkongsi pelbagai kisah mengenai Lata Mangheskar.
Astro AWANI turut merangkumkan kisah di sebalik masyhurnya penghibur bernama Lata Mangheskar buat bacaan anda...
1) Menyanyi dalam keadaan terpaksa
Selepas kematian bapanya akibat penyakit jantung pada tahun 1942, Lata yang berusia 13 tahun ketika itu menjadi tonggak keluarga untuk mencari nafkah dan mula menyanyi serta berlakon untuk menampung kehidupannya.
2) Pertama kali menyanyi
Dia menyanyikan lagu pertamanya, Naachu Yaa Gade, Khelu Saari Mani Haus Bhaari, untuk filem Marathi Vasant Joglekar Kiti Hasaal (1942).
Malangnya, lagu itu digugurkan daripada potongan akhir filem itu. Bagaimanapun, dia ditawarkan peranan kecil dalam filem Marathi Navyug Chitrapat Pahili Mangalaagaur (1942) di mana dia menyanyikan lagu Natali Chaitraachi Navalaai.
3) Guru nyanyian
Ramai yang tidak tahu sebenarnya Lata mula belajar muzik klasik India daripada Ustad Amanat Ali Khan tetapi kemudiannya memulakan latihan di bawah Amanat Khan Devaswale selepas bekas gurunya berhijrah ke Pakistan
4) Kejayaan utama
Suara Lata mula dikenali menerusi lagu Dil Mera Toda dalam filem Majboor (1948) tetapi karya yang benar-benar memasyhurkannya ialah Aayega Aanewaala dalam filem Mahal (1949).
5) Mula disanjung
Pada tahun 1950an, nama Lata mula meniti di bibir peminat sebagai penyanyi terkenal dalam industri filem Hindi.
Semasa fasa ini, dia bekerjasama dengan komposer yang berjaya seperti S D Burman, Naushad Ali, Salil Chowdhury dan Madan Mohan dan menyanyi untuk filem seperti Baiju Bawra (1952), Shree 420 (1955) dan Devdas (1955).
6) Anugerah Filem pertama
Dia memenangi anugerah Filmfare sebagai penyanyi latar filem wanita terbaik untuk lagu Aaja Re Pardesi untuk filem Madhumati (1958)
7) Konflik dengan S D Burman
Pada tahun 1950-an, Lata mempunyai keretakan hubungan dengan SD Burman dan kedua-duanya tidak lagi bergabung untuk sebarang projek sehingga tahun 1962
8) Air mata Nehru
Pada Hari sambutan Republik negara itu 1963 iaitu dua bulan selepas perang Indo-China berakhir, Lata menitiskan air mata kepada Perdana Menteri ketika itu Jawaharlal Nehru sambil menyanyikan lagu Aye Mere Watan ke Logon, sebagai penghormatan kepada tentera yang meninggal dunia.
9- Hit terkenal
Kehadiranya dalam dunia nyanyian semakin mendapat tempat utama selepas dia menyanyi untuk R D Burman dalam Bhoot Bangla (1965) dan Pati Patni (1966). Dia juga merakam beberapa lagu popular seperti Aaj Phir Jeene Ki Tamanna Hai, Gata Rahe Mera Dil untuk filem Guide, dan Hothon Pe Aisi Baat untuk S D Burman untuk Jewel Thief.
Dalam tempoh ini, Lata merakam duet dengan Manna Dey, Mohammed Rafi, Kishore Kumar dan memenangi anugerah Filmfare keduanya untuk Kahin Deep Jale Kahin Dil untuk filem Bees Saal Baad (1962).
10) Lata dan Pakeezah
Pada 1970-an, Lata menyanyikan Chalte Chalte dan Inhi Logon Ne untuk filem terakhir Meena Kumari, Pakeezah.
Kedua-dua lagu ini dianggap antara muzik klasik India yang paling digemari
11) Anugerah kebangsaan pertama
Mendiang Lata merakam banyak lagu terkenal untuk R D Burman, tetapi kemuncak tempoh itu ialah lagu Beeti Na Bitai Raina di Parichay untuk Jaya Bachchan dan Sanjeev Kumar.
Lata memenangi Anugerah Filem Kebangsaan untuk Penyanyi Wanita Terbaik untuk lagu ini pada tahun 1973.
12) Produksi dan usaha sama
Pada tahun 1990, Lata melancarkan rumah produksinya sendiri dan menghasilkan filem Gulzar Lekin (1990).
Untuk filem ini, dia menyanyikan Anugerah Filem Kebangsaan ketiganya, Yaara Seeli Seeli yang digubah oleh adik lelakinya Hridaynath.
Mendiang juga telah menyanyi dengan hampir setiap penyanyi tersohor di Bollywood seperti Sonu Nigam, SP Balasubrahmanyam, Udit Narayan, Hariharan, Kumar Sanu, Abhijeet Bhattacharya, Roop Kumar Rathod dan Gurdas Maan.
13) Bintangnya bersinar lebih terang
Pada era milenium, Lata melalui salah satu fasa terbaik dalam kerjayanya dengan beberapa hits terbesarnya.
Antaranya ialah lagu dalam Pukar (2000), Mohabbatein (2000), Zubeidaa (2001), Lagaan (2001) dan Rang De Basanti (2006).
14) Pengiktirafan dan anugerah
Lata telah menerima pelbagai anugerah dan penghormatan, termasuk Padma Bhushan (1969), Padma Vibhushan (1999), Anugerah Dada Saheb Phalke (1989), Anugerah Kebangsaan NTR (1999), Bharat Ratna (2001), yang merupakan anugerah awam tertinggi India, dan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Filmfare (1993)
15) Guinness Book of Records
Pada 1974, Guinness Book of Records menyenaraikan Lata Mangeshkar sebagai artis yang paling banyak direkodkan dalam sejarah.
Ini dipertikaikan oleh Mohammed Rafi, yang mendakwa dia telah menyanyikan lebih banyak lagu daripadanya.
Bagaimanapun, pada tahun 2011, kakak Lata, Asha Bhosle secara rasmi diiktiraf sebagai artis yang paling banyak direkodkan dalam sejarah muzik oleh Guinness Book.
Personaliti terkemuka termasuk pemimpin negara itu Perdana Menteri, Narendra Modi menyampaikan ucapan tahniah dan mengiktiraf Lata dengan gelaran Nightingale of India.
Agensi
Sun Feb 06 2022
Pemergian penghibur legenda, Lata Mangheskar pada usia 92 tahun menyebabkan seluruh India berduka. - Gambar fail
Pantau Belanjawan: Memartabatkan perumahan sebagai hak asasi
Pengarah Kajian Khazanah Research Institute (KRI), Dr Suraya Ismail berbicang lanjut mengenai akses kepada perumahan yang menangani masalah ini melalui 'kesamarataan' manusia di Malaysia.
Tujuh maut dalam kebakaran hospital di Tamil Nadu
Sekurang-kurangnya tujuh orang dilaporkan maut manakala ramai lagi cedera dalam insiden kebakaran di sebuah hospital di Dindigul, Tamil Nadu, India.
AWANI Ringkas: Pengerusi ASEAN dan TMM 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pengasas Blogger, Twitter dan Medium lancar aplikasi sosial baharu Mozi
Melalui Mozi, pengguna boleh melakukan perancangan mereka di sesuatu lokasi seperti lokasi yang akan disinggah, atau acara yang akan disertai.
Buaya di Teluk Batik: PERHILITAN nasihat orang awam berwaspada
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu pada Khamis.
[TERKINI] Zii Jia, beregu negara melangkah ke separuh akhir
Pemain perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia, mengesahkan tempat ke separuh akhir selepas mencatat kemenangan kedua dalam Kumpulan A Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China, hari ini.
Pemain nombor lapan dunia itu meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen, 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Pemain nombor lapan dunia itu meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen, 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Permohonan Geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India masih dibuka - Mitra
Lebih 200 badan bukan kerajaan dan syarikat telah memohon geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (PPSMI) 2025 yang dibuka sejak 2 Dis.
Fikir dahulu sebelum kongsi di media sosial - Pakar
Dengan kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 di Dewan Rakyat, pengguna media sosial disarankan lebih bertanggungjawab dalam menggunakan platform tersebut bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang.
Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya, Profesor Komunikasi di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, menjelaskan bahawa maklumat yang dikongsi di media sosial akan kekal dirakam dalam sistem, menjadikannya mustahil untuk dihapuskan.
Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya, Profesor Komunikasi di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, menjelaskan bahawa maklumat yang dikongsi di media sosial akan kekal dirakam dalam sistem, menjadikannya mustahil untuk dihapuskan.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara pusat pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam bidang kecerdasan buatan (AI).
Anggaran pendapatan naik 12 peratus kepada RM1.67 bilion
Anggaran pendapatan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 2025 meningkat 12 peratus kepada RM1.67 bilion dengan kutipan zakat disasarkan mencapai RM1.2 bilion.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd NaĆm Mokhtar ketika mengulas Bajet MAIWP 2025 pada Khamis berkata, anggaran perbelanjaan pula merekodkan RM1.67 bilion dengan perbelanjaan agihan RM1.34 bilion, pengurusan RM246 juta dan pembangunan RM87 juta.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd NaĆm Mokhtar ketika mengulas Bajet MAIWP 2025 pada Khamis berkata, anggaran perbelanjaan pula merekodkan RM1.67 bilion dengan perbelanjaan agihan RM1.34 bilion, pengurusan RM246 juta dan pembangunan RM87 juta.
Bintang Bollywood Deepika Padukone, Ranveer Singh sambut cahaya mata pertama
Deepika sebelum ini mengumumkan kehamilannya pada Februari lalu.
Deepika Padukone, Ranveer Singh teruja sambut bayi sulung
Pasangan Bollywood, Deepika Padukone dan Ranveer Singh dilaporkan semakin teruja bakal menyambut kelahiran bayi sulung mereka.
Shah Rukh Khan dikejarkan ke hospital akibat strok haba
Aktor tersohor Bollywood, Shah Rukh Khan dikejarkan ke Hospital Ahmedabad, Gujarat, India akibat strok haba dan dehidrasi kelmarin.
Rumah tangga didakwa bakal musnah, Aishwarya Rai dan Abhishek Bachchan pamer keharmonian
Keharmonian rumah tangga pasangan tersohor Bollywood, Aishwarya Rai dan Abhishek Bachchan menjadi bualan hangat kebelakangan ini.
Bakal blockbuster! Sunny Deol jadi hero filem terbaharu Aamir Khan 'Lahore 1947'
Peminat menyifatkan kerjasama yang terjalin akan membuat filem tersebut menjadi karya pecah panggung.
Shah Rukh Khan lakukan pembedahan hidung di Amerika Syarikat
Shah Rukh Khan dikatakan telah mengalami kemalangan sewaktu terbabit dalam sebuah projek yang dijalankan di Los Angeles.
Kajol dakwa berdepan ujian terberat, hapus semua foto, rehat dari media sosial
Pesohor Bollywood, Kajol membuat kejutan kepada warganet dan peminat apabila mengumumkan berehat daripada dunia media sosial.
Sangkut dalam kesesakan, Amitabh Bachchan tumpang motor ke set penggambaran
Salah seorang pesohor yang tidak terlepas daripada masalah kesesakan jalan raya adalah Amitabh Bachchan.
Deepika Padukone ajak pasangan muda ikut petua perkahwinan orang lama
Aktres Bollywood, Deepika Padukone baru muncul sebagai wajah sampul majalah berprestij Time yang mengiktirafnya sebagai Global Star.
Filem baharu Salman Khan, Kisi Ka Bhai Kisi Ki Jaan tak laku
Filem terkini Salman Khan, Kisi Ka Bhai Kisi Ki Jaan dilaporkan tidak mencapai sasaran atau kutipan pecah panggung meski ia turut dibintangi oleh ramai pelakon gred A Bollywood.