Yazit Search meninggal dunia

Astro Awani
September 26, 2019 04:43 MYT
Yazit Search telah dimasukkan ke hospital sejak awal September. - Gambar fail
Pemain dram kumpulan rock legenda Search, Yazit Ahmad, 56 tahun telah meninggal dunia selepas menderita akibat kerosakan otak.
Allahyarham disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Wad Urologi dan Nefrologi, Hospital Kuala Lumpur sekitar jam 11.55 pagi tadi.
Rakan-rakan rapat Allahyarham turut mengesahkan doktor telah mengambil keputusan mencabut mesin bantuan hayat sekitar jam 8.35 pagi Khamis.
Penderitaan yang dihadapi Allahyarham itu juga mendapat perhatian Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
BACA: Yazit Search tunjuk perkembangan positif, keluar dari zon merah

Terima berita sedih bekas pemain dram kumpulan Search Yazit Ahmad meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpurhttps://t.co/ICZvANYOq0 pic.twitter.com/znqWS5FXh3

— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) September 26, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA: Yazit Search mengadu sesak nafas, dikejar ke HKL
Pada 12 Mei lalu, Ahli Parlimen Port Dickson itu mengunjungi Yazit di kediamannya dan menyampaikan sumbangan peribadi bagi meringankan beban yang ditanggung pemuzik itu.
Pada awal September, Yazit dimasukkan ke HKL akibat jangkitan paru-paru namun dibenarkan keluar dua hari selepas itu.
Allahyarham turut disahkan menghidap penyakit buah pinggang kronik sejak beberapa tahun lalu.
Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Salahuddin Al-Ayyubi di Taman Melati, Gombak dan dikebumi selepas solat Asar.
Al-Fatihah.
#buah pinggang #Hospital Kuala Lumpur #ICU #jangkitan paru-paru #masjid salahuddin al-ayyubi #meninggal dunia #search #Yazit Ahmad