Yuna bergaul mesra dengan bintang Hollywood di acara tontonan Oscar

Faiq Chong
Mac 6, 2018 10:16 MYT
Yuna hadir bersama suaminya Adam Sinclair dalam acara tontonan Anugerah Akademi yang ke-90 yang berlangsung di Los Angeles awal minggu ini. - Foto Instagram/@yunamusic
Nama Yuna bukan lagi asing di Malaysia dan di rantau ini, namun di Hollywood nama beliau sudah mula terbit di bibir-bibir penggiat seni.
Baru-baru ini, anak kelahiran Alor Setar, Kedah ini mendapat jemputan khas daripada penganjur rasmi Mercedez-Benz untuk menghadiri acara tontonan (viewing party) sempena Anugerah Akademi ke-90 di Hotel Four Seasons di Beverly Hills, Los Angeles pada Isnin.
Majlis itu dihadiri para selebriti popular termasuk hos dan pelakon, Jamie Foxx yang pernah memenangi Anugerah Filem Terbaik untuk filem Ray pada tahun 2005.
Aktres Jane Lynch yang terkenal dengan wataknya sebagai Sue Sylevester dalam siri sitkom Glee sehingga meraih trofi Emmy dan Golden Globe.
Bekas pelakon tambahan lelaki terbaik Anugerah Akademi pada tahun 2009 Cristoph Waltz juga adalah antara selebriti yang menjadi perhatian dalam majlis itu.
Yuna sempat memuat naik foto bersama suaminya, Adam Sinclair yang turut hadir mendampingi Yuna dalam akaun Instagram miliknya serta berkongsi detik istimewa itu di Instastory peribadinya.
Acara tontonan itu dianjurkan anjuran syarikat-syarikat tersohor itu turut menyaksikan secara langsung acara anugerah terkenal di dunia itu.
Bukan itu sahaja, Yuna juga sempat berkongis di Instastory peribadinya tentang gandingannya dengan produser muzik, Lincoln Jesser yang berkemungkinan akan menghasilkan single terbarunya dengan sentuhan genre house.
Sebelum ini, Yuna pernah berkolaborasi dengan Lincoln Jessert dalam featuring lagu berjudul Baby Boy dan In My Dreams.
#Adam Sinclair #Christoph Waltz #hiburan #Hollywood #Instagram #Jamie Foxx #Jane Lynch #Los Angeles #Malaysia #Oscars #Yuna