Yuna doa agar Pitt Haniff ditemukan selamat

Asyraf Roslan, Faris Danial Razi
Oktober 26, 2019 22:00 MYT
Yuna meminta agar kesemua peminat dan juga rakyat Malaysia untuk sama-sama mendoakan agar Pitt atau nama sebenarnya Mohd Firdaus Mohamad Hanif dapat dijumpai di dalam keadaan yang selamat. - Astro AWANI
PENYANYI popular, Yunalis Zarai menzahirkan rasa kesedihan selepas mengetahui berita mengenai kehilangan anak kepada pelakon Fauziah Nawi, Pitt Haniff yang dikhuatiri lemas di Sungai Mela, Kuala Lipis, Pahang pada Sabtu.
Yuna berkongsi kepada semua peminatnya bahawa Pitt pernah bekerjasama dengan dia dan suami, Adam Sinclair menerusi muzik video 'Blank Marquee'.
Dalam pada itu, Yuna meminta agar semua peminat dan juga rakyat Malaysia sama-sama mendoakan agar Pitt atau nama sebenarnya Mohd Firdaus Mohamad Hanif ditemukan dalam keadaan selamat.
Selain itu, beberapa selebriti lain turut berkongsi kesedihan di laman Twitter.

Doakan Abang Pitt sekeluarga. Ya Allah Ya Tuhan Kami, Hasbunallah Wa Nimal Wakiil https://t.co/4cU0hQnIkH

— Lisa Surihani (@LisaSurihani) October 26, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Doa ibumu, seluruh ahli keluarga & sekalian sahabat mengiringi mu. Kau manusia degil. Terus kuat Pitt!! Bismillah..temukanlah dia kembali kepada kami dengan selamat Ya Rob! https://t.co/jVrYXNjjZE

— Beto Carotene (@Beto_Kusyairy) October 26, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

If theres anyone that will find him its her. Their love is beyond logic. Ive seen it with my own eyes. Our prayers are with you Kak @ifarahahmad May Abang Pitt return to you safe and unharmed. Semoga dipermudahkan segalanya. InsyaAllah. pic.twitter.com/7fTOMLS2NU

— Sharifah Amani (@sharifahamani) October 26, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA: Anak Fauziah Nawi dikhuatiri lemas di Sungai Mela, Kuala Lipis
BACA: "Saya buntu, hanya mampu berdoa" - Fauziah Nawi kehilangan kata-kata
Terkini, menurut Penolong Kanan Pesuruhjaya Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang, Nor Hisham Mohammad ketika ini operasi pencarian Mohd Firdaus, 43, sedang giat dilakukan.
#Fauziah Nawi #Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia #keluarga #Lisa Surihani #Malaysia #Pitt Haniff #Twitter #Yuna