Hampir setahun mendirikan rumah tangga, penyanyi yang membina nama di peringkat antarabangsa Yuna, mengakui dia dan suami tiada perancangan mengenai cahaya mata tetapi berserah dengan rezeki yang ditetapkan Tuhan.
Kata Yuna, buat masa sekarang, dia dan suami lebih senang untuk menghargai masa berdua dan fokus kepada karier masing-masing.
“Buat masa sekarang kami tak merancang dan mahukannya (cahaya mata) datang secara semula jadi. Kita berserah kepada Allah kalau ada rezeki, kalau ada.. ada,” katanya kepada Astro AWANI.
Yuna ditemui ketika majlis perlancaran kasut dan beg tangan, kolaborasinya bersama pereka kasut terkemuka negara Christy Ng pada Sabtu.
Dalam kolaborasi itu, Yuna diberi kesempatan memberikan sentuhan rekaan beg tangan dan kasut yang dihasilkan dalam tujuh warna.
Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zara’ai, 32 mendirikan rumah tangga bersama pengarah video, Adam Yousof Sinclair, 33 di Bentong, Pahang, pada 26 Januari lalu.
Azyyati Ahmad
Sat Jan 05 2019

Yuna ditemui ketika majlis perlancaran kasut dan beg tangan, kolaborasinya bersama pereka kasut terkemuka negara Christy Ng pada Sabtu. - Instagram @yuna

PDRM umum pertukaran 20 pegawai kanan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran 20 pegawai kanannya berkuat kuasa 12 Sept ini.

Jangan gentar dengan ribut dan badai, kata PM Lee sempena sambutan Hari Kebangsaan Singapura ke-57
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong mengingatkan rakyatnya agar sentiasa kekal bersatu dan teguh.

Subsidi bersasar dilaksanakan apabila keadaan ekonomi mengizinkan - Tengku Zafrul
Keputusan memperkenalkan subsidi bersasar hanya akan dibuat setelah keadaan ekonomi mengizinkan iaitu apabila kadar inflasi dapat dikawal dengan baik.

JPJ rancang tindakan bersepadu tingkat intensiti penguatkuasaan pemeriksaan kenderaan perdagangan
Ia bagi mengurangkan peningkatan risiko kemalangan terutama melibatkan kenderaan perdagangan.
![AWANI 7:45 [08/08/2022] - Kapal pertama LCS | Skandal LCS | Kerjasama politik DAP-UMNO? AWANI 7:45 [08/08/2022] - Kapal pertama LCS | Skandal LCS | Kerjasama politik DAP-UMNO?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1981705/thumbnails/12745353021659965705660_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [08/08/2022] - Kapal pertama LCS | Skandal LCS | Kerjasama politik DAP-UMNO?
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Jasmine Abu Bakar Tumpuan #AWANI745 malam ini: Rafizi dakwa Najib di sebalik penyelewengan LCS Peniaga patuh harga maksimum minyak masak, ada jual lebih murah DAP tidak tolak kemungkinan bekerjasama dengan UMNO #AWANInews #PolitikMalaysia

'Sumbat' vape di mulut bayi, seorang lelaki ditahan
Seorang lelaki yang bertindak meletakkan vape pada mulut bayi berusia 7 bulan dalam satu kejadian tular di media sosial sebelum ini, ditahan pihak polis.

AWANI Ringkas: Kadar pematuhan penjualan minyak masak hampir 100 peratus
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sukan Komanwel: Dhabitah-Syafiq hadiahkan gangsa pada hari terakhir di kolam renang
Skuad terjun negara menamatkan saingan pada Sukan Komanwel 2022 Birmingham dengan meraih satu pingat gangsa dalam acara 3 meter (m) papan anjal seirama campuran, hari ini.

Sukan Komanwel: Pearly Tan-M Thinaah hadiahkan satu lagi emas
Perlawanan yang berlangsung tidak sampai 30 minit itu menjanjikan pingat emas yang ketujuh buat Malaysia.

Penunggang p-hailing disyaratkan untuk miliki lesen memandu GDL
Penunggang perkhidmatan p-hailing bakal disyaratkan untuk memiliki Lesen Memandu Vokasional (GDL).

Yuna fokus pada kerjaya, soal anak serah pada rezeki
Penyanyi yang membina nama di pentas antarabangsa Yuna, mengakui dia dan suami tiada perancangan mengenai cahaya mata tetapi berserah dengan rezeki.

Yuna - Adam Sinclair jalin pertunangan
Majlis tersebut dihadiri oleh keluarga terdekat dan sahabat rapat sahaja, menurut satu kenyataan dikeluarkan Yuna Room Records sebentar tadi.