Yuna sekali lagi tercalon dalam MTV EMA 2019

Gempak
Oktober 17, 2019 06:34 MYT
Pada tahun 2016, Yuna telah dicalonkan buat pertama kali dalam ketegori yang sama, namun rezeki masih belum berpihak kepadanya ketika itu. - Foto Astro GEMPAK
PENYANYI popular, Yuna sekali lagi dicalonkan dalam kategori Penyanyi Terbaik Asia Tenggara dalam MTV Europe Music Awards 2019 (MTV EMA 2019) yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Dalam kategori tersebut, Yuna dipertandingkan bersama Suboi (Vietnam), Rich Brian (Indonesia), Moira Dela Torre (Filipina), Jasmine Sokko (Singapura) dan Jannie Weigel (Thailand).
Anugerah berprestij itu akan diadakan di Seville, Sepanyol pada 3 November ini.
MTV EMA 2019 merupakan satu pengiktirafan buat pencapaian dalam bidang 'pop culture' di industri muzik Eropah dan antarabangsa.
Pada tahun 2016, Yuna telah dicalonkan buat pertama kali dalam ketegori yang sama, namun rezeki masih belum berpihak kepadanya ketika itu.
Jangan lepaskan peluang untuk mengundi bintang tempatan ini menerusi https://www.mtvema.com/en-asia/vote/
Semoga berjaya diucapkan kepada Yuna!
#Jannie Weigel #Jasmine Sokko #Moira Dela Torre #MTV EMA 2019 #MTV Europe Music Awards 2019 #Rich Brian #Suboi #Yuna