[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
ENTERTAINMENT

Yuna tampil lagi di program Conan O'Brien

Astro Awani 16/11/2013 | 10:17 MYT
Selepas kemunculan pertamanya dalam rancangan Conan O'Brien dua tahun lalu, Yuna kembali ke set program bual bicara itu untuk mempromosikan album terbarunya, Nocturnal.
Kali ini Yuna menyanyikan single bertajuk Rescue dalam program yang disiarkan pada Sabtu itu.
Rescue merupakan antara 11 lagu yang termuat dalam album terbarunya yang dilancarkan 29 October lalu iaitu Nocturnal.
#conan o'brien #Nocturnal #Yuna