[TERKINI] Perang Israel-Iran Bakal Tamat? | Trump Umum Gencatan Senjata Penuh. Klik di sini untuk laporan penuh dan reaksi global.
ENTERTAINMENT

Yusof Haslam terima anugerah Doktor

Sinar Harian 24/09/2018 | 01:24 MYT
Ini merupakan anugerah ketiga beliau sepanjang pembabitan dalam industri seni. - Foto Sinar Harian

PENERBIT dan pengarah filem tersohor, Datuk Yusof Haslam menerima Ijazah Doktor Falsafah Kehormat Sastera Seni dalam jurusan perfileman.

Memetik portal hiburan tempatan, beliau menerima anugerah tersebut kerana jasanya dalam industri seni dan hiburan tanah air selama 46 tahun.

"Saya bagaimanapun tentunya berbesar hati menerima tawaran pihak universiti. Ia adalah pengiktirafan bermakna buat saya selama lebih empat dekad dalam dunia seni," ucapnya.

Ini merupakan anugerah ketiga beliau sepanjang pembabitan dalam industri seni.
Foto Sinar Harian

Terdahulu beliau pernah menerima Anugerah Usahawan Malaysia pada 1996 daripada Dewan Perniagaan Melayu ketika ketika menerbit dan mengarahkan filem Maria Mariana.

Kemudian, beliau turut menerima penganugerahan ACP Kehormat daripada Polis Diraja Malaysia kerana aktif menghasilkan drama kepolisian pada 2012.

#filem #ijazah #Ijazah Doktor Falsafah Kehormat Sastera Seni #Malaysia #Polis Diraja Malaysia #usahawan #Yusof Haslam