Yusof Iskandar sedang 'usha' Siti Aafiyah?

Tan Su Lin
Mac 28, 2018 11:11 MYT
Ketika memuat naik komen itu lebih setahun lalu, Siti yang belum hamil ketika itu, seolah-olah berharap dia akan hamil anak perempuan supaya penyanyi itu dan Hanis boleh berbesan di masa akan datang. - Foto Instagram @CTDK/@yusufiskandar
Nama yang di meniti di bibir orang ramai pastinya adalah bayi paling popular di negara ketika ini, Siti Aafiyah Khalid.
Tumpuan netizen terarah pada gambar terbaharu bayi yang diberi jolokan 'pipi merah' di laman Instagram (IG) penyanyi kesayangan negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Ratusan ribu netizen membanjiri ruang komen IG @ctdk memuji keccomelan bayi sulung beliau dan Datuk K.
Turut mencuri tumpuan adalah komen yang ditinggalkan Yusuf Iskandar iaitu anak kepada pasangan pelakon, Hanis Zalikha dan Hairul Azreen.
Biarpun pemilik akaun @theyusufiskandar hanya menurunkan komen ringkas berbentuk emoji 'dilamun cinta', ada dalam kalangan netizen yang menyifatkan komen Yusof itu seolah-olah sedang 'usha girlfriend'.
Komen itu turut mengundang reaksi beberapa netizen yang memberi 'sokongan' kepada Yusof sambil menyifatkan Siti Aafiyah 'jodoh' putera sulung Hanis dan Hairul itu.
Sebelum ini, Siti dengan bersahaja mengaku bahawa Yusuf, 3 tahun adalah bakal menantunya.
Menerusi akaun IG Yusuf itu, Siti menerusi akaun @ctdk telah menurunkan komen seperti "Alolo handsomenya bakal menantu nih!"
Ketika memuat naik komen itu lebih setahun lalu, Siti yang belum hamil ketika itu, seolah-olah berharap dia akan hamil anak perempuan supaya penyanyi itu dan Hanis boleh berbesan di masa akan datang.
Nampaknya, impian Siti Nurhaliza kini jadi kenyataan!
#babyctdk #Datuk Seri Siti Nurhaliza #Hairul Azreen #Hanis Zalikha #keluarga #selebriti #Siti Aafiyah Khalid #Yusuf Iskandar