[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
ENTERTAINMENT

Zac Efron sah bintangi filem baru 'Parkland'

Astro Awani 24/12/2012 | 05:27 MYT
Zac Efron disahkan akan membintangi sebuah filem yang bakal diterbitkan aktor Tom Hanks.
'Parkland' mengisahkan peristiwa pembunuhan Presiden Amerika Syarikat yang ke-35 John F.Kennedy.
Selain Efron, turut serta ialah Marcia Gay Hayden yang bakal menyertai Paul Giamatti dan Billy Bob Thornton.
Bagaimanapun butiran watak dan plot cerita masih belum didedahkan Hanks.
'Parkland' merupakan adaptasi naskah tulisan Vincent Bugliosi berjudul 'Reclaiming History: The Assassination of John F.Kennedy'.
Filem itu dijangka akan dilancarkan pada November 2013 bersempena ulang tahun ke-50 pembunuhan Kennedy.
Efron baru saja muncul dalam adaptasi Lee Daniels, 'Paperboy' disamping Nicole Kidman dan Matthew McConaughey.
#Marcia Gay Hayden #Parkland #Tom Hanks #Zac Efron