awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Syarikat tempatan perlu tingkat pematuhan piawaian antarabangsa - Ewon
Pesta Angin Timur platform strategik pacu sektor pelancongan negeri - Raja Perlis
Perarakan Tanglung kembali ke Labuan selepas berehat lebih sedekad, tarik ribuan pengunjung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zahnita Wilson hadir ke Mahkamah Syariah

Sinar Harian
Sinar Harian
18/04/2025
01:45 MYT
Zahnita Wilson hadir ke Mahkamah Syariah
Zahnita Wilson hadir untuk mendengar tiga kes sebutan di Mahkamah Syariah Kuantan hari ini. - Foto Sinar Harian
KUANTAN: Bekas peragawati dan pelakon terkenal, Zahnita Wilson hadir untuk mendengar tiga kes sebutan semula di Mahkamah Syariah Kuantan hari ini.
Tiga kes yang akan sebut ialah tuntutan atau permohonan perceraian, permohonan perintah injunksi terhadap gangguan dan tuntutan hadhanah atau hak lawatan serta hak bermalam.
Zahnita atau nama penuhnya Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 40, tiba di pekarangan mahkamah sekitar jam 8.55 pagi dengan mengenakan jubah biru muda ditemani abang kandungnya.
Diikutinya suaminya, Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor, 47 yang bersama beberapa individu yang dipercayai ahli keluarga terdekat.
Pelakon filem Gila-Gila Pengantin Remaja itu juga menuntut perceraian secara fasakh selepas memfailkannya pada 3 Disember tahun lalu. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Mahkamah Syariah Kuantan
#Zahnita Wilson
#pelakon
#cerai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan