Pelakon dan pengarah Dira Abu Zahar menganggap zamannya untuk tampil sebagai seorang pelakon di kaca televisyen dan layar perak telah berlalu.
Mengambil keputusan untuk berhenti berlakon, Dira mahu menumpukan fokus terhadap bidang pengarahan.
"Saya menetapkan hasrat untuk tidak berlakon kerana merasakan zaman saya telah berlalu. Dunia hiburan ini berputar dan pantas bergerak. Saban hari akan ada sahaja bakat baru yang mewarnai dunia lakonan.
"Saya masih terlibat dalam bidang seni tetapi saya mahu meneroka lagi bidang pengarahan. Saya cuma mahu berhenti berlakon sahaja," kata Dira kepada Astro Gempak ketika ditemui di sidang media pelancaran filem Kimchi Untuk Awak pada Sabtu.
Filem lakonan Dira bersama Emma Maembong, Aiman Hakim Ridza dan ramai lagi ini menjadi buah tangan terakhir Dira yang akan disiarkan di layar perak.
"Filem ini akan menjadi filem terakhir lakonan saya. Berbeza dengan Aiman dan Emma, filem ini menjadi filem debut untuk mereka.
"Saya memegang watak sebagai kakak kepada Bella lakonan Emma. Saya berharap agar filem ini akan mendapat sambutan," katanya lagi.
Kimchi Untuk Awak yang diterbitkan oleh Astro Shaw dan Darkwave Pictures ini akan menemui penonton pada 30 Mac 2017.
Gempak
Sun Mar 12 2017
Dira Abu Zahar menganggap zamannya untuk tampil sebagai seorang pelakon di kaca televisyen dan layar perak telah berlalu. - Gambar Astro GEMPAK
Mohamed Khaled tiba di Indonesia untuk lawatan rasmi, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan tiba di Jakarta pada Ahad untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
'Tersentuh tengok golongan OKU penglihatan tunai umrah’ - Mohd Na’im
"Moga terkabul segala hajat sahabat-sahabat OKU penglihatan menunaikan ibadat umrah dan ziarah."
PM Anwar yakin terhadap IsDB dalam tangani ketidaksamaan, marginalisasi umat Islam
Bank itu mempunyai peranan untuk menangani isu ketidakadilan, ketidaksamaan dan marginalisasi terutamanya dalam kalangan umat Islam.
Harumanis antara tarikan utama Agrofiesta 2024
Mangga harumanis dan produk makanan berasaskan mangga antara tarikan utama pada penganjuran Agrofiesta 2024.
NIOSH sedia beri khidmat nasihat depani cabaran perubahan iklim
NIOSH bersedia memberikan khidmat nasihat serta rundingan bagi membantu kerajaan, majikan dan pekerja menghadapi cabaran berkaitan perubahan iklim.
Malaysia negara pertama terima visa haji
Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024.
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Aiman Hakim menangis dapat kejutan Zahirah MacWilson hamil
Video kompilasi perjalanan dari awal Zahirah disahkan hamil cahaya mata pertama dimuat naik semula di akaun TikTok peminat aktres itu.
Sekali lafaz, Aiman Hakim dan Zahirah MacWilson sah bergelar suami isteri
Nampaknya bukan Emma Maembong sahaja yang memilih tarikh untuk mendirikan rumahtangga pada tanggal 20 Februari 2020!
Aiman Hakim, Zahirah nikah Februari 2020
Aiman Hakim Ridza dan Zahirah MacWilson bakal melangsungkan pernikahan pada Februari 2020.
Belum ada kekasih, Fathia Latiff serah kepada Allah
Pelakon Fathia Latiff akui masih solo selepas hubungan percintaan bersama aktor Aiman Hakim Ridza terputus di tengah jalan.
Kenapa Aiman Hakim bawa Zahirah Macwilson naik belon 'oversea'?
Sama cantik, sama padan!
"Aku tak pernah hutang sesiapa" - Aiman Hakim bidas dakwaan Fathia Latiff
Fathia memuat naik sekeping foto Aiman dan mendakwa Aiman tidak membayar hutang serta menggelarkan aktor itu dayus.
Skrip drama teruk, bunuh jiwa saya' - Aiman Hakim Ridza
Aktor Pelakon kacak Aiman Hakim Ridza mengakui punca jarang tampil di kaca televisyen kerana kecewa dengan penulisan skrip drama yang kurang berkualiti.
'Saya dan Fathia masih berkawan, cuma ...' - Aiman Hakim Ridza
Pelakon Aiman Hakim Ridza enggan masuk campur urusan yang membabitkan bekas kekasihnya, Nur Fathia.
Jangan mudah percayakan orang - Hanna Delisha
Pelakon Hanna Delisha meluahkan rasa simpatinya terhadap Syafik Kyle yang kini dihimpit kontroversi hebat berhubung penyebaran video lucah yang kini sedang menjadi bualan hangat.
Zaman saya sudah berlalu - Dira Abu Zahar
Dira Abu Zahar menganggap zamannya untuk tampil sebagai seorang pelakon di kaca televisyen dan layar perak telah berlalu.