Zayn Malik, Gigi Hadid dikurnia bayi perempuan

Asyraf Roslan
September 24, 2020 02:23 MYT
Zayn Malik dan Gigi Hadid kini bergelar ibu dan bapa kepada anak sulung perempuan. -Gambar fail
PENYANYI Zayn Malik dan model antarabangsa Gigi Hadid secara rasmi sudah bergelar ibu bapa.
Perkara tersebut diumum bekas ahli kumpulan One Direction itu di akaun media sosial pada Khamis.
Menurut Zayn, 27, pasangannya sudah selamat melahirkan anak perempuan.
"Bayi perempuan kami selamat dilahirkan, sihat dan cantik.
"Sukar untuk ungkapkan perasaan saya dengan kata-kata ketika ini.
"Rasa kasih pada insan kecil ini sukar saya fahami.
"Bangga dapat mengenalinya, memilikinya dan bersyukur dengan kehidupan yang akan kami lalui bersama," tulis Zayn.

Our baby girl is here, healthy & beautifulto try put into words how i am feeling right now would be an impossible task. The love i feel for this tiny human is beyond my understanding.Grateful to know her, proud to call her mine, & thankful for the life we will have together x pic.twitter.com/nvhfOkk2fw

— zayn (@zaynmalik) September 24, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu, Gigi Hadid mengumumkan bahawa dia akan melahirkan anak Zayn Malik pada April semasa menjadi tetamu di dalam rancangan The Tonight Show Starring Jimmy Fallon.
Tahniah diucapkan kepada Zayn Malik dan Gigi Hadid.
#anak #Anak perempuan #Gigi Hadid #laman sosial #model #One Direction #Twitter #Zayn Malik