Zayn Malik keluar Islam?

Agensi
November 17, 2018 09:05 MYT
Dalam satu temubual, Zayn dipetik sebagai berkata "saya tidak pernah mengakui saya seorang Islam". - Kevin Winter / Getty Images / AFP
Dilabel sebagai orang Islam paling berpengaruh di Britain, penyanyi Zayn Malik mencetuskan kontroversi apabila membuat satu kenyataan yang meninggalkan persoalan tentang status agama yang dipegangnya kini.
Dalam temu bual bersama majalah British Vogue, Zayn dipetik sebagai berkata "saya tidak pernah mengakui saya seorang Islam".
"Saya tidak membuat pengakuan tentang agama yang saya anuti. Saya percaya adanya Tuhan, tetapi neraka? Tidak.
"Saya percaya jika saya baik, saya akan dapat balasan baik juga," kata bekas anggota One Direction itu.
BERITA BERKAITAN: Sinead O'Connor peluk Islam, umum nama baharu
Zayn bagaimanapun mengakui membesar dengan Islam dan diajar ke masjid ketika zaman kanak-kanak, dan mengakui ia sesuatu yang sangat indah.
"Islam agama yang indah, dan saya gembira dibesarkan dengan agama Islam.
"Ibu bapa saya mengajar saya tentang Islam, tetapi mereka menyerahkan kepada saya untuk membuat pilihan," tambah Zayn lagi.
Bapa Zayn, Yaser Malik, berketurunan British-Pakistan, manakala ibunya Tricia, berketurunan Ireland memeluk Islam selepas berkahwin dengan bapanya.
#agama #Britain #British #Islam #One Direction #penyanyi #Zayn Malik