Zayn Malik 'terpaksa' lancar lagu selepas dibocorkan

Dania Zainuddin
Mac 11, 2018 16:21 MYT
Zayn mengambil keputusan untuk melancarkan lagunya kerana peminat lebih penting baginya. - Instagram/@zayn
Penyanyi, Zayn Malik terpaksa melancarkan lagu single terbaharu lebih awal daripada tarikh yang dijadualkan kerana lagu itu didapati 'terbocor'.
Menerusi satu kenyataan di Twitter, Zayn berkata ia dibocorkon oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
"Saya tidak rancang untuk melancar lagu ini, tetapi oleh kerana ia dibocorkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
"Jadi saya mengambil keputusan untuk melancarkan lagu sulung ini kerana peminat lebih penting bagi saya," kata Zayn dalam akaun Twitternya.

This was not a song I intended to put out, but due to unprofessionalism has been leaked by someone and my fans mean more to me than a stupid leak, so here it is free for you to enjoy, before my music drops https://t.co/M7NZnlGBw7 :) love z pic.twitter.com/ggYMqaKlC9

— zayn (@zaynmalik) March 11, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, laman web Zayn Malik lumpuh seketika akibat jumlah pengunjung yang tinggi akibat peminat yang mahu dengar lagu baru itu.
Kali terakhir bekas penyanyi One Direction itu melancarkan lagu originalnya adalah 'Dusk Til Dawn' pada September 2017.
Pada Februari lalu, Zayn melancarkan lagu 'cover', Teri Deewani oleh penanyi terkenal dari India, Kalisah Kher, dengan kerjasama penerbit terkenal AR Rahman.
#Lagu #One Direction #terbocor #Zayn Malik