KUALA LUMPUR: Berita baik untuk para pelanggan Astro, terutama sekali peminat ZEE5 dan Viu yang berpeluang mengakses kedua-dua aplikasi pada skrin televisyen melalui Ultra dan Ulti Box atau peranti mudah alih untuk pengalaman on-the-go mulai 23 Mac ini.
“Sebagai sebahagian daripada Pengalaman Astro Baharu, kami teruja mengalu-alukan ZEE5 dan Viu di Ultra dan Ulti Box untuk membawa lebih banyak hiburan global ke rumah dan peranti, meningkatkan jumlah keseluruhan aplikasi penstriman premium kami yang sedia ada di platform kami untuk yang ke sepuluh,” kata Astro melalui kenyataannya pada Khamis.
ZEE5 ialah platform kandungan Asia Selatan terbesar yang menawarkan pelbagai kandungan Bollywood dan Kollywood termasuk kandungan asli, filem, rancangan televisyen paling digemari daripada saluran Zee Network, siri pendek dan drama terkenal merentasi 18 bahasa (12 India dan 6 Antarabangsa) termasuk Hindi, Tamil, Bengali, Punjabi dan lain-lain, menjadikannya destinasi sempurna untuk peminat tegar hiburan India dan Asia Selatan.
Untuk kandungan eksklusif dan pengalaman bebas iklan, para pelanggan Astro boleh menambah langganan ZEE5 premium dengan hanya RM10.60/sebulan (RRP RM14.90) untuk strim semua rancangan kegemaran mereka seperti drama Tamil arahan pengarah filem popular R. Kannan, The Great Indian Kitchen; komedi romantik, Middle Class Love; rancangan komedi, Kanjoos Makhichoos, turut menjadi filem terakhir pelawak Raju Srivastav serta United Kacche yang dibintangi oleh Sunil Grover, Sapna Pabbi dan Nikhil Vijay.
Terkini, barisan aplikasi penstriman premium Astro termasuk BBC Player, beIN SPORTS CONNECT, Disney+ Hotstar, HBO GO, iQIYI, Netfl ix, TVBAnywhere+, Viu, ZEE5 dan aplikasi Astro GO yang percuma kepada semua pelanggan.
“Dengan penambahan Viu pada Ulti Box, semua pelanggan Ulti Box boleh mula strim Viu Premium secara percuma sehingga 8 Jun 2023 di Box mereka, www.viu.com atau aplikasi mudah alih Viu dan menikmati rancangan seperti Nenek Bongkok Tiga, Taxi Driver 2, The Secret Romantic Guesthouse dan Royal Doctor.
“Para pelanggan boleh membuka aplikasi Viu di Halaman Utama Box mereka dan strim semua rancangan kegemaran mereka,” jelas kenyataan itu lagi.
Bagi para pelanggan, untuk mengakses aplikasi ZEE5 pada Ultra/Ulti Box, caranya amat mudah. Mereka boleh tekan “Home” pada alat kawalan jauh Astro dan pilih aplikasi tersebut di bawah pautan “Apps”.
Kemudian ikuti langkah pada skrin untuk menyambungkan akaun pada Box anda, dengan mengimbas kod QR dan log masuk ke akaun ZEE5.
Setelah selesai, anda akan mempunyai akses kepada beribu-ribu kandungan di hujung jari anda!
Sama ada pada skrin TV melalui Ultra/Ulti Box atau dengan aplikasi mudah alih ZEE5 yang tersedia pada peranti Android atau IOS, anda boleh melanggan ZEE5 hari ini untuk penjimatan lebih baik dengan melayari www.astro.com.my/ZEE5. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Mar 25 2023
ZEE5 ialah platform kandungan Asia Selatan terbesar yang menawarkan pelbagai kandungan Bollywood dan Kollywood. - Foto Astro
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kekejaman zionis: Israel langgar undang-undang antarabangsa - Badan pemantau
Sebuah kumpulan pemerhati dan pemantau berkata, Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia di Gaza.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
MYIPO sedia jaringan perlindungan, ayuh daftar sekarang
Tahap kesedaran masyarakat terutama komuniti industri perniagaan tempatan dalam mendaftar harta intelek masih rendah. Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Kamal Kormin, pendaftaran dibuat melalui perbadanan ini membolehkan syarikat serta pemilik entiti perniagaan mendapat jaringan keselamatan terutama dari segi perlindungan hak cipta serta pelbagai faedah lain.
Anugerah Media Digital Asia 2024 iktiraf agensi berita gunakan strategi media digital
Ia menerima 136 penyertaan tahun ini daripada pelbagai agensi berita serta media di rantau Asia termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia.
Lapan mangsa tragedi selamat dikebumikan
Kesedihan ahli keluarga dan waris mengiringi perjalanan terakhir mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak di beberapa lokasi pengebumian di seluruh negara pada malam Rabu.
JKM bantu kaunseling keluarga mangsa nahas helikopter Lumut
Salbiah berkata pihak JKM telah melawat tiga keluarga mangsa dari Perak iaitu di Selama, Lekir dan Sitiawan.
Freedom Flotilla to Gaza: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
“Bukan makan minum sahaja, perkhidmatan ditawar & diguna juga perlu halal!”
Astro BIZOne beri jaminan siaran kandungan yang sah dan berkualiti tinggi untuk kepuasan pelanggan dan pemilik premis F&B.
COURTS teruskan program bubur lambuk bersama PPIM, umum kolaborasi eksklusif dengan Astro
Langganan percuma untuk tiga bulan atau rebat sehingga RM300 bagi setiap langganan baharu Pek Astro di COURTS.
Astro catat keuntungan RM44 juta pada suku keempat 2024
Astro berkata, meskipun dibelenggu keadaan makroekonomi tidak menentuia telah mencatatkan hasil dapatan sebanyak RM820 juta, suku ke suku.
All England Live: Enam wakil negara buru slot suku akhir
Zii Jia akan meneruskan perjuangannya dalam Kejohanan All England petang ini, bagi mengulangi rentak cemerlangnya di Birmingham.
Kempen 'Demi Rimba Kita': Pemanas badan Liga Malaysia seiring lindungi alam sekitar
Kempen hasil kerjasama Astro Arena dan Astro Kasih itu juga adalah sebagai pemanas badan untuk saingan Liga Malaysia 2024.
Keluang Man beraksi megah menerusi kolaborasi Astro Shaw, Wonda Coffee
Keluang Man Beraksi Megah Menerusi Kolaborasi Unggul Astro Shaw & Wonda Coffee
KPDN, Astro tekad perangi isu penyiaran tanpa lesen
Hasil pemeriksaan pada Sabtu mendapati hampir 70 peratus pemilik perniagaan terbabit disyaki menayangkan kandungan Astro tanpa menggunakan lesen yang sewajarnya untuk premis komersial.
Selepas Terengganu, Ambang Ramadan Astro berkunjung ke Kelantan dan Pahang
Terengganu menjadi negeri pertama di Pantai Timur yang membuka tirai acara ini menerusi segmen Assalamualaikum Terengganu pada Jumaat.
Sambutan tahun naga meriah di Astro
Pukulan gendang, tarian naga, dan singa juga dipersembahkan sebagai simbolik kepada sambutan perayaan selain pemberian limau mandarin, dan tradisi yee sang.
Curi kandungan: Dua perusahaan bayar ganti rugi RM55,000 kepada Astro
Dua perusahaan bersetuju membayar ganti rugi berjumlah RM55,000 kepada Astro kerana menayangkan kandungan berhak cipta Astro kepada orang ramai di premis perniagaan tanpa kebenaran atau lesen Astro.