BARU sehari ditayangkan, filem Merewang Keluarga Pak Awang karya pelakon dan pengarah, Adlin Aman Ramlie berjaya menangkap hati netizen.

Sebagai bukti, komen-komen di laman sosial berkenaan Merewang Keluarga Pak Awang ini juga ternyata mendapat respon positif.

Rata-rata tidak kering gusi melihat lawak bersahaja yang disajikan Zizan Razak yang buat pertama kalinya memainkan watak antagonis dalam filem tersebut.

“Abang Zizan, Abang Adlin you guys are the best! Best gila cerita ni, plot simple je tapi jalan cerita terbaik, lawak yang sangat-sangat fresh! Memang rekemen untuk tengok!” coret seorang netizen.

“Filem dari Adlin Aman Ramlie, ni memang crack, syok gila. Dia punya masuk air dari semua pelakon tak leh bawak bincang,” ulas seorang lagi netizen.

Selain Zizan dan Sabri Yunus, filem ini diperhebatkan lagi dengan lakonan yang meninggalkan kesan dari Adriana Adnan, Fabian Loo, Watie Sadali, Emelda Rosmila, Emma Sofea dan Adlin Aman Ramlie yang turut bertindak selaku pengarah.

Ini merupakan filem pertama arahan Adlin, manakala skrip oleh Amin Shakib dan cerita asal oleh Syahrul Imran Shariffuddin.

Saksikan filem Merewang Keluarga Pak Awang yang sudah berada Di Pawagam Rumah Anda iaitu Astro First sejak 15 Julai 2023.

Gunakan #MerewangKeluargaPakAwang bagi berkongsi pendapat mahupun keterujaan anda tentang filem ini.


SINOPSIS:

Merewang Keluarga Pak Awang mengisahkan tentang pesara tentera yang berpangkat komander, Pak Awang (Sabri Yunus) ingin mengadakan majlis perkahwinan anak perempuan bongsunya secara besar-besaran.

Dol (Zizan Razak) iaitu seorang jejaka di kampung mereka cuba untuk menggagalkan perkahwinan tersebut dan telah melancarkan pelbagai helah yang menjadikan situasi majlis perkahwinan huru hara.