ENTERTAINMENT
Zizan Razak tak sangka PM Najib Razak muat naik foto di Instagram
Foto tersebut dirakam ketika Zizan menerima Anugerah Ikon Media Sosial 2017 daripada Najib di Minggu Media Sosial Malaysia 2017, semalam (Rabu).
PELAWAK popular Zizan Razak sama sekali tidak menyangka Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak memuat naik fotonya melentokkan kepala ke bahu pemimpin negara itu di laman sosial Instagram (IG).
Foto tersebut dirakam ketika Zizan menerima Anugerah Ikon Media Sosial 2017 daripada PM Najib di Minggu Media Sosial Malaysia 2017, semalam (Rabu).
Zizan ketika dihubungi Astro Gempak berkata, dia tidak menjangkakan anugerah tersebut bakal disampaikan oleh Perdana Menteri.
“Saya terharu menerima anugerah daripada tangan PM. Saya melentokkan kepala ke bahu PM kerana tidak tahu untuk menggambarkan betapa terujanya saya ketika itu.
“Tapi, saya tidak sangka yang PM kita orang yang sangat ‘sporting’! Beliau turut melentokkan kepala kepada saya.
“Momen malam ini tidak akan saya lupakan kerana ia sangat berharga buat diri saya, apatah lagi PM memuat naik foto kami di IGnya,” katanya.
Foto/Video: Instagram Najib Tun Razak & Zizan Razak

#Anugerah Ikon Media Sosial 2017
#Astro
#Facebook
#Instagram
#Najib Razak
#Perdana Menteri
#PM
#Twitter
#Zizan Razak