awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laluan mudah Aaron-Wooi Yik ke pusingan kedua Terbuka India
KPDN Pulau Pinang bongkar tiga sindiket seleweng minyak masak subsidi
Penjawat awam rugi RM119,000 diperdaya phone scam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zoe Saldana ketepikan Scarlett Johansson sebagai pelakon dengan kutipan filem tertinggi sepanjang zaman

Astro Awani
Astro Awani
14/01/2026
10:14 MYT
Zoe Saldana ketepikan Scarlett Johansson sebagai pelakon dengan kutipan filem tertinggi sepanjang zaman
Jumlah kutipan global "Avatar: Fire and Ash" setakat ini dilapor melepasi AS$1.2 bilion, sekali gus menyumbang kepada lonjakan kedudukan Saldana. -Gambar fail/Reuters, Wikipedia
ZOE Saldana muncul di tangga teratas pelakon dengan kutipan filem tertinggi sepanjang zaman selepas kejayaan terkini "Avatar: Fire and Ash" melonjakkan jumlah kutipan keseluruhan kerjayanya.

Ringkasan AI
  • Zoe Saldana menjadi pelakon dengan kutipan filem tertinggi sepanjang zaman selepas kejayaan "Avatar: Fire and Ash", mengumpul lebih daripada AS$15.4 bilion di seluruh dunia, mengatasi Scarlett Johansson.
  • Kutipan global filem "Avatar: Fire and Ash" melepasi AS$1.2 bilion, menyumbang kepada peningkatan kedudukan Zoe Saldana dalam senarai pelakon paling berjaya.
  • Saldana menonjol dalam francais berskala mega termasuk Avatar, Marvel Cinematic Universe, Star Trek, dan Pirates of the Caribbean, menewaskan Scarlett Johansson yang kini berada di tempat kedua dalam senarai pelakon elit ini.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Menurut pangkalan data industri The Numbers, filem lakonan Saldana kini mengumpul lebih daripada AS$15.4 bilion di seluruh dunia, mengatasi Scarlett Johansson yang sebelum ini mendahului senarai dengan AS$15.38 bilion.
Jumlah kutipan global "Avatar: Fire and Ash" setakat ini dilapor melepasi AS$1.2 bilion, sekali gus menyumbang kepada lonjakan kedudukan Saldana.
Pencapaian ini melengkapkan dominasi beliau dalam francais berskala mega termasuk Avatar, Marvel Cinematic Universe (watak Gamora dalam Guardians of the Galaxy serta dua filem Avengers), selain penampilan dalam siri Star Trek dan Pirates of the Caribbean.
Scarlett Johansson, yang sebelum ini memegang rekod tersebut menerusi wataknya sebagai Natasha Romanoff dalam rangkaian Avengers serta filem seperti Jurassic World Rebirth dan The Jungle Book, kini berada di tempat kedua.
Antara pelakon lain dalam senarai elit ini ialah Samuel L. Jackson, Robert Downey Jr., Chris Pratt, Tom Cruise, Chris Hemsworth, Vin Diesel, Chris Evans dan Dwayne Johnson.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Siapakah pelakon yang kini menduduki tangga teratas pelakon dengan kutipan filem tertinggi sepanjang zaman? A: Zoe Saldana kini menduduki tangga teratas pelakon dengan kutipan filem tertinggi sepanjang zaman.
  • Q: Berapakah jumlah kutipan keseluruhan kerjaya filem Zoe Saldana setakat ini? A: Zoe Saldana kini mengumpul lebih daripada AS$15.4 bilion di seluruh dunia.
  • Q: Apakah filem yang menyumbang kepada lonjakan kedudukan Zoe Saldana sebagai pelakon dengan kutipan tertinggi? A: Avatar: Fire and Ash merupakan filem yang menyumbang kepada lonjakan kedudukan Zoe Saldana dengan jumlah kutipan global melebihi AS$1.2 bilion.

Topic Berkaitan
#Zoe Saldana
#Avatar Fire And Ash
#pelakon dengan kutipan filem tertinggi
#Scarlett Johansson
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan