KUALA LUMPUR: YEG Academy (YEG) menyasarkan seramai 1,000 pelajar dalam bidang Diploma Pengurusan Hotel untuk menjalani latihan industri (praktikal) di hotel lima bintang di Dubai dan Qatar pada tahun ini.
Pengarah Urusannya, Hasan Ithnin berkata, sasaran itu dibuat untuk menarik minat pelajar, berikutan kebimbangan YEG melihat peningkatan sebanyak 72 peratus pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak sambung belajar pada tahun lepas.
“Kita mahu mengelakkan masalah graduan menganggur berterusan dan demi memastikan para remaja berminat untuk menyambung pelajaran, YEG Academy menyediakan platform praktikal di Dubai dan Qatar selama 18 bulan.
“Menariknya, pelajar yang menjalani praktikal di sana akan dibayar gaji penuh, selain diberikan penginapan, makanan, visa dan tiket penerbagan secara percuma,” katanya.
Tambah Hasan, program seumpama itu adalah yang pertama di Malaysia dan pihaknya percaya pengalaman menjalani latihan industri di luar negara memberi kelebihan kepada pelajar untuk mendapatkan pekerjaan sekembalinya mereka ke tanah air.
“Program ini akan memberi nilai tambah kepada pelajar apabila memiliki pengalaman kerja di hotel terkemuka di Dubai dan Qatar.
“Belajar sambil bekerja (Work Base Learning) adalah lebih baik kerana pelajar didedahkan dengan keadaaan semasa industri, malah mereka juga dengan mudah ditawarkan pekerjaan,” ujar Hasan.
Menurut Hasan, kesemua program di bawah YEG disesuaikan dengan pasaran pekerjaan, malah sijil dan diploma keluaran YEG mengikut piawaian oleh pihak Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
Selain Diploma Perhotelan, YEG menerusi kempen Pesta Sambung Belajar 2023 turut menawarkan Diploma Pengurusan Haji dan Umrah, Diploma dalam Industri Penerbangan dan terbaharu Diploma Penguatkuasa Undang-Undang Malaysia.
Menerusi Diploma Pengurusan Haji dan Umrah pula, YEG Academy menyasarkan untuk melahirkan seramai 1,000 tenaga muda yang berkemahiran bagi memenuhi kehendak pasaran industri haji dan umrah di Malaysia.
Hasan berkata, sasaran YEG sebagai kolej pertama di Malaysia yang menghantar pelajar menjalani latihan praktikal di Makkah dan Madinah melalui Diploma Pengurusan Haji dan Umrah, ia adalah bermatlamat untuk melahirkan graduan dalam pengurusan haji dan umrah, termasuk mutawif dan mutawifah.
“Peranan tenaga muda dan mahir itu melibatkan aspek pengurusan seperti menguruskan operasi di lapangan terbang, maktab penginapan dan sebagainya, selain mutawif dan mutawifah,” jelasnya.
Katanya, golongan tenaga mahir itu akan dilahirkan menerusi Diploma Pengurusan Haji dan Umrah di mana tempoh pengajian ialah sepanjang dua tahun enam bulan.
“Mereka akan diajar mengenai pengurusan industri haji dan umrah selain akan menjalani latihan praktikal di Madinah.
“Jadi, ia bukan sekadar mempelajari aspek teori sahaja, tetapi diberi pendedahan untuk mempelajari pengalaman selama tiga hingga empat bulan untuk merasai pengalaman sebagai pemain industri di Madinah,” jelasnya.
Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Pengarah YEG, Azizulhakim Suhaimi dan Pensyarah Kanan Diploma Pengurusan Haji dan Umrah, PU Amin dan PU Riz.
Astro Awani
Wed Jan 18 2023
Hasan berkata, sasaran itu dibuat untuk menarik minat pelajar, berikutan kebimbangan melihat peningkatan sebanyak 72 peratus pelajar lepasan SPM tidak sambung belajar pada tahun lepas.
PDRM siap siaga kawalan keselamatan sempena WTD, WTC - KPN
PDRM sentiasa bersiap siaga dalam aspek keselamatan terutama membabitkan acara berskala besar peringkat antarabangsa seperti World Tourism Day (WTD) dan World Tourism Conference (WTC).
Mayat kanak-kanak lemas ditemukan di pesisir pantai Bachok
Pencarian kanak-kanak lelaki yang hilang selepas terjatuh di Pantai Kandis, Bachok berakhir apabila mayatnya ditemukan 11.15 pagi ini, kira-kira enam kilometer dari tempat kejadian.
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
1,000 pelajar akan jalani latihan praktikal perhotelan di Dubai, Qatar
YEG menyasarkan seramai 1,000 pelajar dalam bidang Diploma Pengurusan Hotel untuk menjalani latihan industri di hotel lima bintang di Dubai dan Qatar pada tahun ini.