KUALA LUMPUR: Seramai 1,214 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) dan jumlah itu merupakan yang tertinggi pernah direkodkan pada tahun ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, seramai 1,107 individu dikompaun manakala 107 lagi direman.

Berikut adalah lima fokus utama kenyataan media Ismail Sabri pada Isnin, 7 Jun 2021: 

1. 1,214 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP. Daripada jumlah itu, seramai 1,107 individu dikompaun manakala 107 lagi direman.

2. Tidak mengemas kini aplikasi MySejahtera tidak menjadi kesalahan. Ini adalah berdasarkan kepada Akta 342 Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit – COVID Malaysia.

3. Tiga PKPD di Sabah iaitu di Tawau, Lahad Datu dan Kudat dan PKPD di Mualim, Perak.

4. Penamatan PKPD di dua lokaliti di Putatan, PKPD di Tawau, Sabah dan di Bera, Pahang

5. Sebanyak 187 operasi pemeriksaan, 43 kompaun serta 29 notis tutup premis telah dikeluarkan oleh Pasukan Petugas Khas COVID-19 MITI