KUALA LUMPUR: Seramai 1,347 pegawai perubatan dan pegawai pergigian lantikan tetap Kementerian Kesihatan (KKM) ditawarkan mengikuti program pengajian kepakaran bagi Sesi Akademik tahun 2022/2023.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata ia merangkumi 1,232 pegawai ditawarkan ke Program Pengajian Kepakaran Sarjana Perubatan, 54 pegawai bagi Sarjana Pergigian manakala 61 pegawai lagi ditawarkan ke Program "Parallel Pathway".
Selain itu, beliau berkata 216 pegawai lantikan kontrak juga telah ditawarkan mengikuti program pengajian kepakaran menerusi Program Latihan Kepakaran (PLK) dengan biasiswa KKM yang ditawarkan buat kali pertama kepada pegawai lantikan kontrak sejak skim lantikan kontrak diwujudkan pada 2016.
"Tawaran program pengajian kepakaran dengan tajaan menerusi PLK ini juga adalah selaras dengan keputusan Jemaah Menteri untuk mewujudkan laluan kerjaya yang setara antara pegawai lantikan tetap dan pegawai lantikan kontrak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Khairy berkata pegawai boleh menyemak menerusi laman sesawang sistem eHLP di alamat http://ehlp.moh.gov.my berhubung status permohonan tawaran Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) dengan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan PLK dengan biasiswa KKM bagi pegawai yang berjaya mengikuti program berkenaan.
Iklan permohonan bagi mengikuti pengajian tersebut dikeluarkan pada 28 Jan lepas dan proses pemilihan calon telah bermula selepas tarikh tutup permohonan pada 10 Mac lepas.
Bagi sesi akademik 2023/2024, permohonan CBBP dengan HLP dan PLK dengan biasiswa KKM untuk mengikuti Program Pengajian Kepakaran Sarjana Perubatan, Sarjana Pergigian dan "Parallel Pathway" akan mula dibuka pada Oktober ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 30 2022

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata ia merangkumi 1,232 pegawai ditawarkan ke Program Pengajian Kepakaran Sarjana Perubatan, 54 pegawai bagi Sarjana Pergigian manakala 61 pegawai lagi ditawarkan ke Program "Parallel Pathway". - BERNAMA

Pentingkan keselamatan makanan di bulan Ramadan
Dalam usaha memastikan kebersihan makanan yang disediakan di Bazar Ramadan, KKM sentiasa menjalankan penguatkuasaan, pemantauan dan pemeriksaan sebelum, semasa dan selepas Ramadan.

Kempen 'Perhati dan Pilih' untuk pengunjung Bazar Ramadan
'Sama-sama Perhati dan Pilih di Bazar Ramadan" merupakan slogan KKM bagi memastikan pengunjung Bazar Ramadan menitik beratkan aspek keselamatan dan kebersihan pengendali makanan yang menjual juadah berbuka puasa.

Berang ditegur baca doa buka puasa laju, anak pukul bapa
Suspek berumur 34 tahun itu dipercayai berang setelah ditegur mangsa kerana membaca doa berbuka puasa dengan laju.

Pegawai ditahan: Imigresen serah kepada SPRM, sedia beri kerjasama penuh
Jabatan Imigresen Malaysia tidak akan berkompromi terhadap salah laku melibatkan mana-mana pegawai dalam soal pelanggaran integriti.

Lelaki maut, wanita dikhuatiri lemas kereta terbabas ke dalam sungai
Anggota bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita yang hanyut di sekitar sungai berkenaan.

AS & Kanada komited tentang rejim autoritarian
Amerika Syarikat dan Kanada ikrar akan bersama menentang rejim authoritarian.

Biden sahkan China tidak bekal senjata kepada Rusia
Presiden Joe Biden sahkan China tidak membekalkan senjata kepada Rusia, untuk operasi ketenteraan negara itu di Ukraine.

Rangka manusia ditemui terdampar tepi sungai
Mayat tanpa identiti tersebut didapati berada di tepi sungai di mana jarak antara sungai dengan mayat dijumpai kira-kira 1.8 meter.

Masalah gangguan bekalan air, apa penyelesaian?

Penumpang Prasarana cecah sejuta sehari
Jumlah penumpang perkhidmatan Prasarana mencecah sejuta sehari. Ia termasuk penggunaan perkhidmatan Rapid Bus dan MRT laluan Putrajaya.

Hampir 7,000 pegawai, pakar perubatan KKM letak jawatan sejak 2018
Antara alasan peletakan jawatan itu ialah untuk berkhidmat dalam sektor swasta dan badan berkanun, atas sebab peribadi, dan menerima tawaran menjadi pensyarah.

Malaysia perlu lebih 40,000 pembantu perubatan menjelang 2025
Negara memerlukan seramai 44,804 penolong pegawai perubatan (PPP) menjelang 2025 dengan mengambil kira jangkaan 36 juta penduduk Malaysia pada tahun tersebut.

Tiada keperluan doktor khas iringi Azizulhasni - PKBM
Datuk Amarjit Singh berkata, pegawai perubatan dari Institut Sukan Negara sudah mencukupi untuk memantau rapi Azizulhasni.

Rasuah urus jenazah: Dua penolong pegawai perubatan dipenjara, denda
Mahkamah menjatuhi hukuman penjara dua hari bagi setiap pertuduhan kepada kedua-dua tertuduh dan memerintahkan hukuman itu berjalan secara berturut-turut bermula hari ini.

'Urus tadbir KKM perlu lonjakan paradigma'
Pengarah Hospital Pakar Al Islam, Dr Ishak Mas'ud, mengharapkan empat keutamaan ditumpukan oleh Menteri Kesihatan; fasiliti, budaya kerja, penyakit tidak berjangkit dan tadbir urus.

Pegawai perubatan Hospital Seberang Jaya didakwa subahat menipu
Tertuduh berdepan lima pertuduhan bersubahat dengan dua individu untuk menipu berhubung pembekalan peralatan perubatan.

1,347 pegawai tetap, 216 pegawai kontrak KKM ditawar program pengajian kepakaran
Seramai 1,347 pegawai perubatan dan pegawai pergigian lantikan tetap Kementerian Kesihatan (KKM) ditawarkan mengikuti program pengajian kepakaran bagi Sesi Akademik tahun 2022/2023.

MMA terima 120 laporan buli, tekanan kerja daripada pegawai perubatan
Laporan diterima bukan hanya daripada housemanship atau latihan siswazah tapi juga daripada doktor biasa dan doktor pakar.

JKNPP sahkan kematian Pegawai Perubatan Siswazah, tunggu laporan akhir bedah siasat
Pengarah JKNPP Dr Ma'arof Sudin berkata, mendiang melaporkan diri di negeri itu, dan ditempatkan di Hospital Pulau Pinang pada 4 April lepas.

Lantikan pegawai perubatan: SPA perjelas isu status calon tidak lepas tapisan
SPA memaklumkan, sebanyak 3,281 permohonan didapati tidak melepasi tapisan kerana tiada maklumat pendaftaran penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC).