awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan dua lagi lelaki bantu siasatan kes bunuh di Sg Bakap
Mohamad Hasan gesa rakyat Malaysia di luar negara kerjasama rapat dengan kedutaan
Penempatan semula mesin pengimbas di KLIA T1, tingkat keselamatan, lancar aliran penumpang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1,390 mangsa banjir masih di PPS, Sarawak catat pertambahan petang ini

Bernama
Bernama
02/01/2026
11:00 MYT
1,390 mangsa banjir masih di PPS, Sarawak catat pertambahan petang ini
Sebanyak 1,390 mangsa banjir masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga negeri dengan Sarawak merekodkan pertambahan jumlah mangsa setakat petang ini. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,390 mangsa banjir masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga negeri dengan Sarawak merekodkan pertambahan jumlah mangsa setakat petang ini.
Jumlah mangsa di SARAWAK meningkat kepada 1,182 orang daripada 301 keluarga setakat 3 petang tadi berbanding 1,136 orang daripada 286 keluarga yang direkodkan pagi tadi.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan memaklumkan mangsa terlibat dari Kampung Sinar Budi Baru, Kampung Sungai Batu, Stapok, Taman Malihah, Kampung Sungai Tengah, Batu Kawa, Kampung Sungai Maong di sekitar Kuching dan Kota Samarahan.
Selain itu, turut terjejas banjir ialah Kampung Plaie dan Kampung Jegoi di Kota Samarahan serta Kampung Siang-Siang di Lawas selain terdapat satu kejadian tanah runtuh dilaporkan di Kampung Lusut Jaya di Miri.
Di JOHOR, jumlah mangsa banjir di Segamat kekal 134 orang daripada 36 keluarga dengan mereka ditempatkan di lima PPS, iaitu di Balai Raya Kampung Batu Badak, Dewan Serbaguna Kampung Tasek, Balai Raya Kampung Sanglang, Balai Raya Kuala Paya dan Dewan Serbaguna Kampung Tandong.
Situasi sama direkodkan di PAHANG dengan jumlah mangsa di Raub kekal 74 orang daripada 15 keluarga di PPS Sekolah Kebangsaan Ulu Atok.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mangsa banjir
#Sarawak
#pusat pemindahan sementara PPS
#pertambahan mangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan