awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1 maut, 3 parah 4WD rempuh treler di Kimanis

Fifi Harteeny Marzuki
Fifi Harteeny Marzuki
22/09/2018
02:57 MYT
1 maut, 3 parah 4WD rempuh treler di Kimanis
Seorang lelaki maut manakala tiga lagi parah selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Jalan Kimanis-Keningau. -Astro AWANI
Seorang lelaki maut manakala tiga lagi parah selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Jalan Kimanis-Keningau, dekat sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.45 pagi Sabtu, kenderaan jenis Toyota Vigo dinaiki kesemua mangsa tersebut telah merempuh bahagian belakang sebuah lori treler sebelum terbabas.
Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Khatizah Rahaban berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.04 pagi tadi sebelum sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi untuk menjalankan operasi menyelamat.
"Sepuluh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar yang dikerahkan berjaya mengeluarkan seorang mangsa lelaki yang tersepit dan disahkan meninggal dunia di lokasi. Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
"Manakala tiga orang lagi mangsa dikeluarkan oleh orang awam yang mengalami kecederaan parah. Pasukan ambulan dan EMRS turut memberikan rawatan awal di lokasi sebelum membawa mangsa ke Hospital Papar untuk rawatan lanjut," katanya.
Operasi menyelamat mangsa tamat sepenuhnya pada jam 6.44 pagi.
Topic Berkaitan
#4WD
#Jalan Kimanis-Keningau
#kemalangan
#kenderaan pacuan empat roda
#Toyota Vigo
#treler
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan