awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1 Sept sebutan semula kes Sanjeevan dituduh palsu kelayakan akademik

Bernama
Bernama
26/10/2016
08:34 MYT
1 Sept sebutan semula kes Sanjeevan dituduh palsu kelayakan akademik
Sanjeevan bercakap kepada media di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Putrajaya pada Ogos, 2016. - Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR / Fail
Mahkamah Majistret di sini menetapkan 1 Dis untuk sebutan semula kes Pengerusi Badan Bertindak Pemerhati Jenayah Malaysia (MyWatch) Datuk R.Sri Sanjeevan yang menghadapi pertuduhan menipu dengan memalsukan kelayakan akademiknya, tiga tahun lepas.
Majistret Umzarul An-Nur Umar menetapkan tarikh itu selepas peguam Joanne Chua Tsu Fay yang mewakili Sanjeevan, 32, memohon tempoh untuk meneliti dokumen berkaitan kes itu yang diterimanya daripada pihak pendakwaan hari ini.
Pada 25 Ogos lalu, Sanjeevan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memperdaya seorang pengarah syarikat S.Sivam, 53, dengan mendakwa dirinya memiliki ijazah undang-undang dan perniagaan dari Northumbria University dan satu lagi dari Camden University bagi melantiknya sebagai perunding perniagaan dengan Solid Transactions Sdn Bhd.
Tindakan Sanjeevan itu menyebabkan Sivam menyerahkan lebih RM95,000 kepadanya.
Dia dituduh mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun dan boleh juga dikenakan sebat dan denda, jika sabit kesalahan.
Sanjeevan juga mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pilihan menipu Sivam dengan mempercayai bahawa dia memiliki dua ijazah undang-undang dan perniagaan daripada universiti sama bagi melantiknya sebagai perunding perniagaan di syarikat sama mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Cheras Leisure Mall, Taman Segar, Cheras di sini pada 1 Jun, 2013.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Jazilah Mohd Yushaa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Datuk R.Sri Sanjeevan
#Mahkamah Majistret
#memalsukan kelayakan akademik
#MyWatch
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan