KEPALA BATAS: Sebelum ini 10 beranak dari Kampung Baharu, Pinang Tunggal, di sini terpaksa hidup dalam kediaman yang serba daif dan tidak selesa berikutan keadaan rumah yang sempit.
Namun, kekurangan dilalui mereka selama ini berubah apabila memperoleh sebuah kediaman yang lebih selesa selepas menerima rumah baharu di bawah program ‘Baiti Jannati’ Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Menurut Azean Yusof, 43, kediaman yang mempunyai dua bilik tidur itu terlalu sempit untuk didiami mereka 10 beranak.
Bahkan, apa yang turut membuatkan keadaan huru-hara apabila kesemua mereka termasuk lapan orang anaknya yang berusia antara 13 hingga 25 tahun terpaksa berebut giliran menggunakan satu-satunya bilik air terutama pada waktu pagi.
Selain itu, Azean berkata, rumahnya turut mengalami kerosakan terutamanya di bahagian pintu dan tingkap.
Keadaan itu menyebabkan kehidupan keluarganya kurang selasa dan selamat berikutan kerap menerima ancaman babi hutan dan anjing liar.
“Kami ramai bilik air ada satu, selalunya berebut pada sebelah pagi dengan waktu Maghrib dan Subuh, berebut masing-masing nak mandi, mana nak ambil air wuduk.
“Keadaan rumah memang kecil (menyebabkan) anak lelaki tidur di luar (ruang tamu), anak perempuan saja tidur dalam bilik,” kata Azean.
Azean yang menjual kuih-kuih tradisional berkata, dia dan suaminya, Azahari Md Zain, 58, yang bekerja sebagai pengutip buah kelapa sawit tidak mampu membaiki keseluruhan rumah mereka kerana memerlukan perbelanjaan yang besar.
Bagaimanapun, mereka suami isteri sangat bersyukur kerana terpilih dalam program Baiti Jannati itu.
Majlis penyerahan rumah kepada keluarga Azean disampaikan Menteri Belia dan Sukan yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican pada Ahad.
Sementara itu, Pengurus Besar TNB Pulau Pinang, Azmi Md Yusof memberitahu, program Baiti Jannati kali ini dilaksanakan dengan kerjasama Zakat Pulau Pinang (ZPP), Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).
Menurut Azmi, program Baiti Jannati memperuntukkan RM50,000 bagi projek pembinaan semula kediaman itu.
Katanya, dalam mengenal pasti penerima bantuan, kriteria utama yang diberi perhatian ialah pemohon terdiri daripada golongan asnaf, penerima bantuan zakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Azmi berkata, pihaknya juga sedang mengenal pasti beberapa rumah lagi yang akan dibina di bawah Program Baiti Jainnati di negeri Pulau Pinang.
Dewi Nur Harasha Alias
Sun Feb 21 2021

Azean Yusof (dua dari kanan) menerima replika kunci rumah daripada Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican. Turut kelihatan suami Azean, Azahari Md Zain (kiri).

Perikatan Nasional bergelut 'beli'dan 'ugut' MP sebelum sidang Parlimen - Anwar Ibrahim
Perikatan Nasional terpaksa berbuat demikian kerana tidak mempunyai keyakinan selain hilang sokongan majoriti dalam kalangan Ahli Parlimen, dakwa Anwar Ibrahim.

Pendidikan | Setahun sistem pendidikan negara diuji
Setahun sistem pendidikan negar diuji kerana pandemik COVID-19. Namun hari ini, sesi persekolahan bagi tahun 2021 akhirnya membuka tirai apabila murid pra sekolah, tahun satu dan tahun dua dibenarkan hadir ke sekolah. Untuk mengulas lanjut mengenai setahun sistem pendidikan negara diuji ini, bersama dengan kami ketika ini Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, bekas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Jenayah: Lebih lima sindiket dadah didalangi VVIP
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dedahkan terdapat lebih lima sindiket dadah yang didalangi VVIP bergelar datuk dan tan sri.

Vaksin COVID-19: Denda, kompaun untuk orang potong giliran - Khairy
Kuasa tambahan mungkin diberikan kepada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba untuk mengenakan kompaun tersebut.

Kawasan berisiko tinggi juga akan diberikan perlindungan vaksin
Individu di kawasan berisiko tinggi juga akan diberikan perlindungan vaksin, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Ibu yang mengandung layak mendapatkan vaksin tetapi...
Ibu yang mengandung layak mendapatkan vaksin tetapi dengan syarat telah menghubungi pakar yang merawat mereka untuk dinilai, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Jangan benarkan sesiapa potong 'queue'
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin sedang mempertimbang untuk tambah kuasa kepada Kementerian Kesihatan untuk beri kompaun kepada mereka yang potong 'queue"

Tiada target bagi angka pendaftaran, tetapi ia masih rendah
"Tiada target bagi angka pendaftaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, tetapi ia masih rendah," kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin.

Farmasi pandu lalu kurangkan kesesakan di Klinik Kesihatan Oya
Dengan adanya farmasi pandu lalu itu, 300 kehadiran pesakit harian dapat dikurangkan dan memudahkan pungutan ubat biasa di klinik.

1,018 pegawai dan anggota polis Johor dikecualikan terima vaksin COVID-19
Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata mereka dikecualikan atas nasihat doktor setelah mengambil kira keadaan kesihatan masing-masing.

10 beranak bersyukur tidak perlu lagi berhimpit dalam rumah dua bilik
Setiap pagi 10 itu beranak terpaksa berebut giliran menggunakan satu-satunya bilik air yang ada dalam rumah itu.