10 berita pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Januari 5, 2020 15:44 MYT
Januari 5, 2020 15:44 MYT
ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling mendapat perhatian sepanjang hari ini, Ahad, 5 Januari 2020.
Sebuah lori 3 tan membawa muatan ikan masin dan sayur-sayuran musnah terbakar 60 peratus di Kilometer 230.9 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan dari Changkat Jering ke Kuala Kangsar pada Ahad.
Walaupun pernah diserbu polis dua kali pada tahun lepas, namun sebuah gelanggang sabung ayam atau dikenali sebagai ‘kelang sabung’ oleh penduduk tempatan di Pulau Kerto di Sibu, masih dihidupkan semula dan menjadi tumpuan kaki judi.
Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menempelak pihak pembangkang yang menafikan kelantangan parti itu untuk memperjuangkan hak rakyat Sabah.
Seorang pekerja ladang kelapa sawit putus kaki kanan selepas motosikal ditunggang dirempuh sebuah pacuan empat roda di Jalan Sapi Nangoh, pada Sabtu.
Hadiah berupa 50 buah motosikal dan beberapa barangan lain yang didakwa disumbangkan oleh Parti Warisan Sabah (Warisan) ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis bermula pada Sabtu adalah tidak benar.
Bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik masih muda dan mempunyai harapan dalam pentas politik negara, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sering membuat keputusan yang meletakkan kerajaan dalam keadaan sukar didakwa antara punca Dr Maszlee Malik diminta melepaskan jawatan sebagai menteri pendidikan, lapor sebuah portal berita pada Ahad.
Tentera Amerika Syarikat sudah menetapkan 52 lokasi sasaran balas ke atas Iran sekiranya negara itu bertindak untuk balas dendam, menurut kenyataan Presiden Donald Trump menerusi Twitter.
Sekurang-kurangnya 24 maut manakala 23 yang lain cedera dalam insiden runtuhan bangunan di daerah Kep, Kemboja pada Sabtu.
Bintang UFC Jorge Masvidal menawarkan diri untuk memberi sumbangan bagi insiden kebakaran hutan di Australia.