MERSING: Seramai 10 orang termasuk kru cedera apabila bot penumpang yang dinaiki meletup pada bahagian lantai di kedudukan 7.6 batu nautika timur laut Pulau Pemanggil, di sini hari ini.
Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Suhaizan Saadin berkata, tiga mangsa mengalami kecederaan parah dalam kejadian jam 11.50 pagi itu.
Katanya, semua mangsa terdiri daripada enam wanita dan empat lelaki berusia antara 32 hingga 48 tahu yang dipercayai dalam perjalanan dari Mersing ke Pulau Aur.
Beliau berkata, bot ronda PERKASA 44 yang sedang melaksanakan rutin Op Jaksa dikejarkan ke lokasi kejadian bagi menyelamat mangsa setelah menerima maklumat.
"Pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati dua orang mangsa wanita berusia 34 dan 28 tahun mengalami kecederaan parah pada bahagian kaki.
"Empat orang mangsa wanita lagi mengalami cedera ringan di bahagian kaki dan seorang mangsa lelaki berusia 29 tahun mengalami kecederaan parah bahagian kaki dan belakang pinggang.
"Seorang lagi mangsa lelaki 31 tahun mengalami kecederaan pada bahagian kaki. Manakala kru bot iaitu nakhoda bot dan kelasi masing-masing berusia 27 dan 30 tahun hanya mengalami kecederaan ringan," katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.
Menurut Suhaizan, kesemua mangsa telah diberikan rawatan awal sebelum dipindahkan ke bot lain termasuk bot awam yang berada berhampiran lokasi kejadian untuk dihantar ke Hospital Mersing bagi menerima rawatan lanjut.
Katanya punca sebenar letupan berkenaan masih dalam siasatan pihak berkuasa.
"Pihak Maritim Malaysia mengucapkan terima kasih kepada Pasukan Polis Marin (PPM) dan bot komersial awam serta seluruh agensi dan komuniti maritim yang membantu dalam menyelamatkan mangsa di laut susulan kejadian tersebut," katanya.
Siti Nur Aqilla Omar
Tue Aug 22 2023

Tiga mangsa mengalami kecederaan parah dalam kejadian jam 11.50 pagi itu. - Gambar/ Maritim Malaysia
[TERKINI] Gempa bumi kuat landa Myanmar, beberapa negara turut terkesan
Gempa bumi dengan magnitud 7.7 landa Myanmar yang setakat ini telah mengorbankan seramai 15 orang. Junta Tentera Myanmar turut isytihar darurat di kawasan terlibat. Beberapa kawasan di Thailand turut terkesan dengan gegaran. Syaff Syukri bawakan perkembangan terkini situasi gempa di Myanmar
AWANI Ringkas: Gempa kuat landa Myanmar, negara jiran turut rasai gegaran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Gegaran gempa bumi Myanmar turut dirasai di Kedah, Kelantan, Pulau Pinang
Gempa bumi kuat bermagnitud 7.7 melanda di tengah Myanmar pada hari ini turut dirasai oleh rakyat Malaysia.

Aidilfitri: Indonesia kerah kapal perang untuk perjalanan balik kampung lebih selamat
Tentera Laut Indonesia mengerahkan sebuah kapal perang bagi membawa penumpang dan motosikal mereka, dalam usaha mengurangkan kesesakan lalu lintas sertamenjelang Aidilfitri.

Hari Polis ke-218: Kepada PDRM disandarkan harapan, pastikan Malaysia kekal aman
Keamanan yang dicapai Malaysia tidak mungkin dinikmati tanpa pasukan PDRM.

Mesej Kim Soo Hyun kepada Kim Sae Ron tular, netizen luah rasa jijik
Netizen luah rasa marah selepas tular satu tangkap layar mesej yang didakwa daripada pelakon terkenal Korea, Kim Soo Hyun kepada mendiang Kim Sae Ron.

Ibu dan anak didakwa sebabkan kecederaan dua beradik lelaki
Seorang ibu dan anaknya mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menganiaya dua beradik lelaki sehingga menyebabkan kecederaan.

Bursa Saham Thailand digantung serta-merta, susulan gempa bumi bermagnitud 7.7 di Myanmar
Gempa bumi kuat berukuran 7.7 magnitud melanda Myanmar pada tengah hari Jumaat, menyebabkan gegaran kuat dirasai di Thailand termasuk ibu kota Bangkok.
Energy Asia 2025
Delivering Asia’s Energy Transition

Pemisahan untuk Tang Jie-Ee Wei untuk muhasabah diri - Rexy
Rexy menyifatkan tindakan memisahkan beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei adalah untuk kedua-dua pemain itu bermuhasabah diri.

Dua nelayan cedera bot meletup, terbakar
Ketika kejadian berlaku, mangsa sedang bersiap sedia melakukan persiapan untuk ke laut menangkap ikan.

10 cedera bot penumpang meletup di Mersing
Seramai 10 orang termasuk kru cedera apabila bot penumpang yang dinaiki meletup pada bahagian lantai di kedudukan 7.6 batu nautika timur laut Pulau Pemanggil, di sini hari ini.

Puluhan cedera dalam insiden enjin bot meletup di Bangkok
50 orang dilaporkan cedera manakala lima lagi telah dihantar ke hospital, dua darinya cedera parah.