Seramai 10 Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor (Exco) hari ini mengangkat sumpah di hadapan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar di Bilik Singgahsana, Istana Besar Johor, pagi tadi.
Berangkat sama pada Majlis Istiadat Mengisytiharkan Pelantikan Menteri Besar dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri itu ialah Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim serta anakanda baginda yang lain.
Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian.
Menurut kenyataan pada laman Facebook rasmi Sultan Johor di sini hari ini, majlis yang bermula pada 10.30 pagi itu dimulakan dengan bacaan doa oleh Mufti Negeri Johor Datuk Mohd Tahrir Kiyai Samsudin.
Pada majlis itu, 10 Exco yang mengangkat sumpah ialah Aminolhuda Hassan (Parit Yaani), DzulkeflyAhmad (Kota Iskandar), Jimmy Puah Wee Tse (Bukit Batu), Dr S Ramakrishnan (Bekok), Mohd Khuzzan Abu Bakar (Semerah).
Selain itu, Dr Sahruddin Jamal (Bukit Kepong), Mazlan Bujang (Puteri Wangsa), Sheikh Omar Ali (Paloh), Tan Hong Pin (Skudai) dan Liow Cai Tung (Johor Jaya).
Pada Sabtu lepas, Osman mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor yang ke-16 di hadapan Sultan Ibrahim di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene, di sini.
Berikut adalah senarai tugas portfolio Exco Negeri Johor:
1. Datuk Osman Sapian - Menteri Besar Johor, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan , Perancangan dan Pembangunan Ekonomi Johor
2. Aminolhuda Hassan - Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan
3. Dzulkefly Ahmad - Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar
4. Tan Hong Pin - Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi
5. Dr S Ramakrishnan - Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Sumber Manusia dan Perpaduan
6. Mazlan Bujang - Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur dan Pengangkutan
7. Jimmy Puah Wee Tse - Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan dan Utiliti
8. Liow Cai Tung - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan
9. Mohd Khuzzan Abu Bakar - Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan
10. Dr Sahruddin Jamal - Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian
11. Sheikh Umar Bagharib Ali - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keusahawanan, Koperasi dan Ekonomi Kreatif
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 16 2018
Sultan Johor dan Tengku Mahkota Johor bergambar bersama anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor yang mengangkat sumpah hari ini. Astro AWANI
Dron "GAZA" buatan Iran jadi tumpuan di DSA
Replika dron buatan Iran, Shahed-149, mencuri tumpuan pengunjung di Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024.
Pasaran getah ditutup tinggi, jejaki pasaran serantau
Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi pada Selasa, disokong oleh aliran menaik dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
Indonesia transformasi sektor teknologi, kurangkan pergantungan kepada pasaran luar
Joko Widodo sedang mendorong transformasi dalam sektor teknologi negara dalam mengubah statusnya daripada sebuah negara pengguna kepada pengeluar.
KPDN Selangor tahan dua warga asing disyaki terlibat sindiket seleweng diesel
KPDN Selangor menahan dua lelaki warga asing yang dipercayai terlibat sindiket penyelewengan minyak diesel bersubsidi dalam serbuan di sebuah premis di sekitar Klang pada 11.30 pagi semalam.
Jangan abaikan suara wanita dalam proses keamanan dan keselamatan - Noraini
Pandangan dan suara wanita tidak seharusnya diabaikan dalam membuat keputusan berkaitan kemananan dan keselamatan.
Keputusan Najib berkaitan pelaburan syarikat tidak harus dipersoal - Bekas pengarah SRC
Najib juga adalah pemegang saham tunggal SRC International dan penasihat emeritus syarikat itu pada masa yang material.
Bursa Malaysia teruskan lonjakan hari keempat, ditutup lepasi paras utama 1,600
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.52 peratus atau 8.29 mata kepada 1,605.68 berbanding 1,597.39 ketika ditutup pada Isnin.
Ringgit ditutup mengukuh berbanding dolar AS, mata wang utama dan ASEAN
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7375/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7380/7405 pada akhir urus niaga semalam.
Wisma Putra sahkan letupan di tempat pemeriksaan zon keselamatan di Narathiwat
Kementerian Luar (Wisma Putra) mengesahkan insiden letupan di tempat pemeriksaan zon keselamatan di Tha Phraya Sai di wilayah Narathiwat, Thailand pada 9.35 malam waktu tempatan Isnin (6 Mei).
Akta Penagih Dadah 1983 kini di peringkat akhir pindaan
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata proses pindaan itu dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai pihak seperti Jabatan Penjara dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).
Kabinet baharu Palestin angkat sumpah
Perdana Menteri Mohammad Mustafa telah membentuk kerajaan teknokratik untuk membantu membina semula Gaza.
Shehbaz Sharif angkat sumpah Perdana Menteri Pakistan
Shehbaz Sharif mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-24 Pakistan untuk penggal kedua pada Isnin.
Wan Junaidi angkat sumpah Yang di-Pertua Negeri Sarawak
Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar selamat mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak kelapan dalam Majlis Istiadat Angkat Sumpah di Dewan Lapau, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini.
Wan Junaidi tiba di Kuching sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak baharu
Yang Dipertua Negeri Sarawak yang baharu, Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) hari ini.
Donald Tusk angkat sumpah sebagai PM Poland
Donald Tusk mengangkat sumpah sebagai perdana menteri baharu Poland di hadapan Presiden Andrzej Duda pada Rabu.
Abdul Halim, Michael Mujah Lihan angkat sumpah Ahli Dewan Negara
Pelantikan Abdul Halim yang berkuat kuasa 23 Nov dan Michael bermula 11 Dis adalah atas perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Amizar angkat sumpah sebagai ADUN Pelangai
Amizar mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin di Wisma Sri Pahang.
Mohamed Muizzu angkat sumpah presiden baharu Maldives
Mohamed Muizzu mengangkat sumpah sebagai presiden baharu Maldives pada Jumaat dalam majlis yang dihadiri ramai kenamaan asing.
Suhaizan selesai angkat sumpah jawatan Ahli Parlimen Pulai
Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor itu mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Tharman angkat sumpah sebagai presiden kesembilan Singapura
Tharman Shanmugaratnam mengangkat sumpah sebagai presiden kesembilan Singapura pada majlis angkat sumpah yang diadakan di Istana pada Khamis (14 Sept).